15 Tips Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Pakar Sakit Puan

Bagi ibu-ibu yang berada di zaman serba moden ini, isu berpantang selepas bersalin adalah antara isu yang pastinya menimbulkan dilema dalam diri mereka. Sama ada nak ikut petua berpantang orang dahulu atau berpantang mengikut nasihat pakar perubatan masa kini? Kita sering dimomokkan ibu berpantang tak boleh buat itu tak boleh buat ini. Namun sejauh manakah benar pantang larang itu, atau sekadar andaian orang dahulu kala sahaja?

 

Seiring dengan gaya hidup zaman sains dan teknologi kini, kemajuan sains perubatan tidak dapat dinafikan lagi. Dahulu, amat sukar untuk kita mendapatkan maklumat tentang kesihatan. Tetapi kini, semuanya dihujung jari. Dengan hanya satu klik, kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat kesihatan yang sahih.

 

Ikuti perkongsian Dr. Muhammad Izzat yang merupakan seorang doktor pakar Obstetrics & Gynaecology
(Sakit Puan & Perbidanan) tentang tips berpantang selepas bersalin untuk ibu moden.

Anda mungkin juga meminati:

Nak Cari Set Berpantang Terbaik, Tapi Tak Mau Telan Macam-Macam Jamu & Supplemen?

15 TIPS BERPANTANG SELEPAS BERSALIN MENGIKUT PAKAR SAKIT PUAN

1. PANTANG MEROKOK

Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok.

2. PANTANG MAKANAN JIKA ADA ALAHAN SAHAJA

Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.

3. PANTANG KURANG MINUM AIR 

Minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tkde masalah. Segala air yang masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau.

4. PANTANG MAKAN MAKANAN TAK BERKHASIAT

Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.

5. PANTANG MAKAN UBAT/PRODUK KURUS

Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan!

6. PANTANG BERSAMA DENGAN SUAMI

Tunggu darah nifas kering dulu. Harap bersabar.

7. PANTANG MENYENTUH LUKA TANPA CUCI TANGAN

Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.

8. PANTANG TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Dah kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?

9. PANTANG PAKAI BENGKUNG KETAT-KETAT 

Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tkde masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.

10. PANTANG MERAWAT DIRI SENDIRI

Darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam  semua jumpa doktor. Jangan tanya dekat facebook atau twidder nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.

11. PANTANG TAK BERJALAN & BARING SAHAJA

Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.

12. PANTANG DARI BIARKAN ORANG RAMAI DATANG RUMAH 

Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang umah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.

13. PANTANG BELI PRODUK SALAH

Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu.

14. PANTANG BAGI BABY MAKANAN ATAU MINUMAN 

Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan da boleh start makanan pejal.

15. PANTANG MEMBERIKAN TEKANAN PERASAAN PADA IBU

Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan melarang ibu makan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.

Paling penting, kena pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan.

Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas. Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu.

 

Semua tips-tips di atas ini dikongsikan oleh Dr. Muhammad Izat melalui laman Twitter peribadinya.

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping