Wildan SeeReals, Multi-Bijirin Berkhasiat

Lebih menyihatkan, lebih bertenaga. Rasa kenyang lebih lama!

SeeReals Alternatif Yang Lebih Baik
Kalau boleh nampak jumlah gula yang dimasukkan ke dalam bijirin sarapan popular yang sering dijual di pasaraya, tentu kita tidak akan tergamak biarkan ahli keluarga tersayang memakannya lagi. Gula sudahlah segunung, ditambah lagi dengan refined carbs. Insulin tinggi padanlah asyik letih walaupun di pagi hari. Gula tinggi, perut jadi cepat lapar. Dah makan rasa nak makan lagi. Kita ingatkan bijirin itu menyihatkan, tapi kenapa berat badan asyik-asyik naik, asyik-asyik naik?

SeeReals Memenuhi Kriteria Sebagai Menu Yang Sihat

Bijirin yang baik sepatutnya tidak melonjakkan paras gula dalam darah, memberi tenaga dan bagus untuk penghadaman. Ini dapat dicapai dengan adunan ramuan yang diyakini khasiatnya.
Kebaikan SeeReals

Apa Ada Dalam Wildan SeeReals?

Bijirin Penuh

Bijirin penuh adalah sumber serat yang baik dan mengandungi pelbagai nutrien seperti Vitamin A, B1, B2, B3, dan B6. Ia mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes selain menggalakkan pencernaan yang sihat. [Sumber]

Kurma

Kurma adalah sumber serat, kalium, vitamin dan mineral yang baik seperti Vitamin B6 dan magnesium. Ia kaya dengan antioksidan dan bersifat anti-radang. Kurma baik untuk pengurangan risiko penyakit jantung dan fungsi otak yang lebih baik. [Sumber]

Kismis

Kismis adalah sumber serat, kalium, zat besi, dan nutrien penting lain yang baik seperti Vitamin B6. Ia juga kaya dengan antioksidan dan boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia sangat baik untuk penghadaman dan kesihatan tulang. [Sumber]

Susu Kambing

Susu kambing adalah sumber kalsium, protein, dan nutrien penting yang baik seperti Vitamin B12 dan riboflavin.  Ia baik untuk tulang, mengurangkan risiko kanser dan kesihatan kulit yang lebih baik. [Sumber]

Gam Arab

Gam Arab, juga dikenali sebagai gam akasia telah terbukti mempunyai kesan prebiotik, yang boleh membantu meningkatkan kesihatan usus. Ia juga baik untuk menurunkan kolesterol dan mengawal gula dalam darah. [Sumber]

Delima

Delima ialah sumber antioksidan yang baik dan telah dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser tertentu. Ia juga  boleh membantu meningkatkan daya ingatan dan prestasi senaman. [Sumber]

WILDAN SEEREALS

Multi bijirin berkhasiat SeeReals, sumber serat & protein dengan kombinasi ramuan premium terpilih seperti bijirin penuh, susu kambing, kurma, kismis, ekstrak delima, gam arab & madu. Sedap, mengenyangkan & memberikan tenaga. Sesuai dinikmati kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung, menyusu dan sebagai sumber tenaga pra-senaman.

1 kotak: 9 sachet
1 sachet: 30 gram
1 sachet: 120 kalori (kcal)

Share

Nikmati Keenakan SeeReals

Bila-Bila Masa Di Mana Jua

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping