Kehamilan sememangnya sesuatu yang mengembirakan wanita yang sudah berkahwin kerana bakal menimang cahaya mata bersama suami yang tercinta. Tidak semua orang terus diberikan rezeki anak setelah berkahwin, tapi ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum dikurniakan rezeki.
Bila dah hamil ni, kena lah jaga elok-elok daripada semua sudut. Antaranya yang sering kita dengar adalah mengenai kencing manis. Kalau pergi hospital atau klinik kesihatan, mesti doktor akan pesan untuk mengawal kencing manis ketika kehamilan. Kalau nak tahu, diabetes semasa hamil ni biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM).
GDMÂ merupakan satu keadaan yang serius berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidapi diabetes, tetapi sudah mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Sebenarnya, GDM ni tidaklah boleh dipandang remeh kerana ianya boleh memberikan masalah kesihatan yang serius kepada bayi.
Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan
Menurut Myhealth, sekiranya paras gula dalam darah berlebihan semasa hamil, ia akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh itu, bayi akan mendapat tenaga yang berlebih dari yang diperlukan sehingga menghasilkan lemak badan yang boleh menyebabkan makrosomia.Makrosomia adalah keadaan bayi yang lahir dengan berat 4.0 kilogram atau lebih. Sekiranya bayi mengalami keadaaan ini, dia berkemungkinan akan berdepan masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko pembedahan Caesarean.
Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi yang berlebihan atau makrosomid. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah.
Selain itu, bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan (Prolonged Jaundice), ketidakseimbangan paras elektrolit dalam darah, masalah pernafasan mahupun kecacatan bayi. Lebih merisaukan, bayi juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
Walau bagaimanapun, perkara sebegini sememangnya boleh diatasi dengan beberapa rawatan dan pengalaman gaya hidup sihat. Pelan Pemakanan Yang Sesuai Bagi mengatasi GDM buat para ibu hamil, doktor akan mengesyorkan untuk mengikuti pelan pemakanan yang sesuai supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan. Diet seimbang yang berkhasiat juga dapat mengekalkan kesihatan ibu dan kehamilan yang berjaya. Seperti yang dikongsikan oleh Myhealth, berikut adalah pola pemakanan yang baik utk kekalkan paras gula normal dalam darah:- Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
- Elakkan makanan yang bergoreng.
Minuman Tambahan Wildan Mama Premium
Selain daripada tips yang dikongsikan di atas, para ibu yang sedang mengandung juga boleh berikhtiar untuk mengambil minuman tambahan dan antaranya ialah produk susu kambing. Susu kambing yang dimaksudkan adalah minuman tambahan Wildan Mama Premium dan ianya telah menjadi ‘pilihan ibu-ibu hamil seluruh Malaysia.Berikan Yang Terbaik Untuk Ibu
Sesuai dengan yang mempunyai GDM, ibu-ibu yang hamil perlulah menjaga paras darah supaya tidak memberi kesan yang tidak baik untuk bayi di dalam perut. Seperti yang dinyatakan Wildan, susu dapat menstabilkan gula di dalam darah sekaligus membantu mengatasi masalah tersebut. Selain itu, Susu Wildan Mama Premium ini juga mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Dalam pada itu, tiada kandungan gula putih juga sangat sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung.Walau bagaimanapun, kalau ada GDM tu, kenalah beringat dan sentiasa menjaga pemakanan. Antara aspek yang perlu dititik beratkan adalah mengenai punca gula naik ketika hamil.Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut atau ingin mendapatkan Susu Wildan Mama Premium, anda bolehlah melayari laman web Wildan dan juga Facebook Susu Wildan. Buat para suami, apa salahnya kalau belanja isteri anda dengan susu ni. Pasti dia akan gembira kerana anda sentiasa memahami apa keperluannya ketika hamil. Kalau nak beli, boleh terus ke pautan INI.
Tak kan nak biar terhenti kat situ je? Korang pun boleh sertai Wildan sebagai agen agar kebaikan minuman tambahan untuk ibu hamil ini tersebar kepada lebih ramai orang. Kalau berminat, korang boleh terus hubungi Whatsapp Ini untuk mendaftar.Anda mungkin juga meminati: