Kebaikan Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung

Susu merupakan satu sumber vitamin dan mineral asas tetapi tahukah anda tentang kebaikan pengambilan susu kambing untuk ibu mengandung?

Wanita mengandung mempunyai pelbagai petua dan permakanan yang harus dijaga dengan rapi. Salah satu daripadanya adalah mengamalkan susu kambing semasa kehamilan. 

Susu seperti yang kita semua tahu kaya dengan pelbagai sumber vitamin seperti vitamin A, D, K dan juga B. 

Malah ia juga mengandungi mineral penting seperti kalsium yang diperlukan dalam menguatkan tulang dan gigi. Nutrisi ini amat penting, terutamanya untuk tumbesaran kanak-kanak.

Walaupun kita sudah biasa dengan susu lembu yang terdapat di pasaraya, kini terlihat bahawa ramai mula beralih kepada susu kambing kerana dikatakan lebih berkhasiat berbanding susu lembu. 

Adakah pengambilan susu kambing untuk ibu mengandung juga disyorkan? Ya, sudah tentu! 

Terus membaca kerana dalam artikel ini kami akan menghuraikan serba sedikit tentang kebaikan susu kambing buat wanita yang sedang hamil.

susu kambing untuk ibu mengandung

Adakah Susu Kambing Selamat Untuk Ibu Mengandung?

Susu kambing sememangnya selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. Malah, ianya juga mempunyai pelbagai manfaat buat ibu dan kandungan. 

Kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing mengandungi pelbagai nutrisi yang bermanfaat seperti antioksidan, kalsium dan sembilan asid amino yang amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. 

Wanita mengandung boleh mengamalkan susu kambing sebagai satu menu tambahan demi mendapatkan nutrisinya. 

Walaubagaimanapun, sebelum memilih susu kambing, ibu harus memastikan susu tersebut telah memelalui proses pengolahan yang baik dan telah dipasteurisasi. 

Pasteurisasai adalah satu proses memusnahkan bakteria berbahaya dalam susu dengan proses pemanasan dalam suhu tertentu untuk jangka waktu yang tertentu. 

Dengan susu yang telah dipeateurisasi, ianya boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dan lebih selamat untuk diminum. 

7 Kebaikan Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung

1. Membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat

Kandungan kalsium dalam susu sangat baik buat menjaga kesihatan ibu dan kandungan. Ianya merupakan salah satu nutrisi penting dalam membantu pembentukan tulang dan gigi bayi.

2. Meningkatkan sistem imuniti tubuh badan

susu kambing untuk ibu mengandung

Susu kambing juga didapati dalam meningkatkan sistem imuniti tubuh badan ibu. 

Dengan pengambilan secara rutin dan konsisten, anda tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Selain itu, kesihatan ibu juga sangat penting untuk memastikan kandungan sentiasa sihat.

3. Bersifat alkali

Susu kambing yang bersifat alkali juga dapat membantu ibu mengandung dalam menangani masalah ‘morning sickness’ atau mual.

Tidak balas asid dalam perut merupakan punca utama ketidakselesaan yang dirasai oleh para ibu hamil. Oleh itu, mengambilan susu kambing yang bersifat alkali sangat membantu.

4. Mengurangkan risiko alahan semasa mengandung (belum)

Susu lembu mempunyai protein kompleks Alpha-casein & Beta-casein Protein yang didapati boleh menyebabkan alahan atau morning sickness. 

Untuk mengurangkan alahan ini, anda boleh menukar ke susu kambing kerana ianya tidak mengandungi protein komplek ini dan mampu mengurangkan risiko alahan. 

5. Mencegah penyakit Diabetis 

susu kambing untuk ibu mengandung

Selain itu, pengambilan susu kambing juga baik untuk ibu mengandung kerana kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dapat mencegah penyakit diabetes ketika mengandung. 

Penyakit kencing manis amat bahaya buat ibu mengandung kerana mempunyai risiko keguguran atau kelahiran pra matang. 

6. Alternatif buat masalah alahan kepada laktosa

Bagi mereka yang mempunyai alahan kepada laktosa atau juga dikenali sebagai lactose intolerance, tetapi masih ingin membekalkan kandungan dengan nutrisi semulajadi daripada susu. 

Anda boleh jadikan susu kambing sebagai satu alternatif. Ini adalah kerana kandungan laktosa dalam susu kambing jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan susu lembu. 

7. Melancarkan Sistem Penghadaman

susu kambing untuk ibu mengandung

Susu kambing juga dapat membantu ibu mengandung dalam mengatasi masalah sembelit. 

Masalah sembelit sering berlaku pada ibu mengandung apabila kandungan semakin besar dan menghimpit sistem pencernaan. Akibatnya pergerakan usus menjadi semakin perlahan. 

Susu kambing sangat mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. Ini secara tidak langsung dalam bantu melancarkan sistem penhadaman tubuh badan ibu hamil.

Kesimpulannya, susu kambing selamat untuk diminum oleh ibu mengandung dan wajar diterapkan dalam diet harian kerana manfaatnya yang menyeluruh buat ibu dan kandungan.

Sekiranya anda ingin mula mengamalkan susu kambing dalam masa kandungan anda, tak usah cari jauh kerana Susu Kambing Wildan  menawarkan pelanggan dengan susu kambing yang berkualiti tinggi. 

Susu Kambing Wildan merupakan keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd, satu syarikat usahawan muslim yang beroperasi di Malaysia. 

susu kambing untuk ibu mengandung

Wildan susu kambing menawarkan pelanggan produk susu kambing organik tanpa campuran susu lembu. Ianya telah pilihan utama bagi ramai dan dijual secara meluas di seluruh Malaysia. 

Kini terdpat dalam berat 500g dan 1kg, Wildan Susu Kambing ini juga datang dalam dua perisa asli dan coklat. Khas buat ibu mengandung yang ingin menambah selera. 

Mengapa memilih untuk membuat duit sampingan bersama Wildan susu kambing?

  • Jenama susu kambing yang paling laris dan sedap di pasaran Malaysia
  • Pulangan modal yang tinggi
  • Pengeluaran modal yang rendah
  • Sangat mudah dijual dan mempunyai jangka hayat produk yang lama
  • Iklan yang berterusan di media massa dan media cetak.
  • Mempunyai slot-slot rancangan berbayar menerusi radio IKIM.fm, TV-AlHijrah, TV3 dan TV9.

Insentif bulanan yang menarik

Tunggu apa lagi, jana pendapatan sampingan bersama Wildan sekarang!

Klik sini untuk maklumat lanjut!

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping