Ketahui Risiko Kencing Manis Ketika Hamil, Hindari Komplikasi Tidak Diingini

Nota editor: Merawat Diabetes Gestasi atau menurunkan paras gula ketika hamil dengan susu kambing Wildan Mama Premium cepat. Purata tempoh rawatan hanya memakan masa 7-14 hari berbanding rawatan konvensional. Kami mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan paras gula berjaya diturunkan pada masa yang singkat. Kami sertakan bersama komentar pengguna susu Wildan Mama Premium di bahagian bawah.

Apa itu Kencing Manis Dalam Kandungan Atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM)?

Menurut pakar Endokrinologi Hospital KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr. Chooi Kheng Chiew, kencing manis sewaktu mengandung adalah situasi yang dialami wanita hamil di mana mereka tidak pernah menghidap kencing manis sebelum mengandung, tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal sewaktu berbadan dua. Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau Diabetes Gestasi ini boleh memberi komplikasi buruk kepada bayi sehingga menyebabkan kematian dalam kandungan.

Bagaimana Diabetes Gestasi Ini Boleh Berlaku?

Menurut Dr Chooi lagi, kuantiti gula dalam darah dikawal oleh hormon insulin yang dikeluarkan dari pankreas. Namun semasa mengandung, uri atau plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) menghasilkan pelbagai hormon yang menggangu keberkesanan dan fungsi hormon insulin, justeru mengakibatkan rintangan insulin.

Dua situasi ini mungkin berlaku, yang pertama, ketika gula tinggi, badan berhenti bertindak balas terhadap insulin yang dikeluarkan atau yang kedua penghasilan insulin tidak cukup untuk menurunkan kadar gula dalam darah justeru gula dalam badan akan menjadi terlalu tinggi, maka terjadilah Diabetes Gestasi ini dalam kalangan wanita mengandung.

Risiko Diabetes Gestasi Ketika Hamil

Menurut portal Hello Doktor, komplikasi berikut berkemungkinan tinggi terjadi jika ibu menghidap kencing manis sewaktu mengandung:

Kesan Terhadap Ibu

  • Berisiko menjalani pembedahan caesarean
  • Terpaksa bersalin awal
  • Proses induksi mengalami kegagalan sangat tinggi disebabkan saiz bayi yang besar
  • Terdedah jangkitan saluran kencing
  • Jangkitan kulat pada kulit

Kesan Terhadap Bayi

  • Kandungan akan menjadi besar kerana gula tinggi atau dipanggil makrosomia sehingga apabila dilahirkan boleh mencecah 5kg
  • Risiko kematian bayi dalam kandungan/keguguran
  • Bahu bayi tersangkut jika bersalin normal
  • Kecacatan saraf
  • Berisiko menghidap kencing manis
  • Masalah kegemukan

Siapa Yang Berisiko Menghidap Diabetes Gestasi Ini?

Bilangan ibu yang menghidap GDM sewaktu hamil ini adalah sekitar seorang dalam 10 wanita mengandung. Berikut merupakan ciri-ciri wanita yang berisiko tinggi untuk menghidap Diabetes Gestasi:

  • Obes, terutama mereka yang mempunyai BMI melebihi 30 ke atas
  • Usia melebihi 25 tahun
  • Mempunyai pertalian keluarga yang ada sejarah diabetes
  • Pernah ada sejarah terkena GDM sewaktu hamil sebelum ini
  • Pernah hamil dengan bayi yang besar sebelum ini

Cara Mengesan Lebih Awal Simptom Kencing Manis

Kebiasannya, Diabetes Gestasi ini jarang menunjukkan sebarang petanda. Dalam banyak situasi, peningkatan gula dalam darah hanya dapat dikesan sewaktu ujian saringan. Namun jika kadar gula terlalu tinggi, anda mungkin akan alami simptom seperti berikut:

  • Sering berasa dahaga
  • Kerap buang air kecil melebihi kebiasaan
  • Mulut kering
  • Mudah kepenatan

Walaupun begitu, adalah dinasihatkan untuk mendapat nasihat doktor untuk kepastian sekiranya anda mengalami simptom seperti ini kerana ia juga adalah simptom normal yang berlaku ketika hamil. Mempunyai simptom ini tidak semestinya bermakna anda mengalami kencing manis.

Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Hamil (GSP)

Sekarang anda mempunyai gambaran kasar bagaimana GDM boleh membahayakan kesihatan ibu & kandungan, jadi bagaimana pula bacaan gula normal sewaktu mengandung? BSP atau Blood Sugar Profile bergantung kepada dua situasi ini iaitu sewaktu berpuasa dan selepas makan.

Ujian BSP boleh dilakukan di hospital atau klinik kesihatan, namun terdapat juga alat ujian untuk anda lakukan ujian kendiri di rumah jika berkemampuan kerana alat ini agak memakan kos.

American Clinical O&G (ACOG) membuat garis panduan seperti berikut:

  • Sebelum makan, bacaan normal bsp untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <95 mg/dL (5.3 mmol/L)
  • 1 jam lepas makan, bacaan normal bsp untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <140 mg/dL (7.8 mmol/L)
  • 2 jam selepas makan, bacaan normal bsp untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <120 mg/dL (6.7 mmol/L)

Ini adalah sekadar panduan sahaja berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Bacaan gula normal ibu hamil boleh berbeza mengikut individu. Sila dapatkan nasihat doktor.

Apa Boleh Buat Kalau Sudah Terkena Kencing Manis?

Jika ujian klinikal sudah mengesahkan anda benar-benar terkena diabetes, perkara pertama sekali yang boleh dilakukan adalah dengan menjaga makan. Terpaksa berpantang makan bukanlah suatu yang menyeronokkan, namun pengorbanan harus dilakukan demi kesihatan kandungan dan juga keselamatan ibu. Berikut merupakan makanan yang perlu anda hindari:

  • Pastri seperti kek, mufin, donat
  • Minuman bergula seperti air berkarbonat berkalori, sebarang minuman bergula malah jus buah-buahan juga tidak dibenarkan sama sekali
  • Makanan segera & diproses
  • Makanan bergoreng
  • Pencuci mulut seperti aiskrim, puding, cendol
  • Makanan berkanji dan tinggi glycemic index (GI) seperti roti putih, nasi putih, kentang, pasta dan seumpamanya. Tinggi kanji bermakna tinggi glukosa, makanan berkanji tinggi adalah punca paras gula dalam badan mencanak naik.
  • Oat manis, bijirin manis, bar granola manis
  • Hadkan pengambilan buah-buahan. Walaupun menyihatkan, ia tetap mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi

Apa je yang boleh dimakan?

  • Utamakan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran & buah-buahan yang kurang manis
  • Makanan kaya protein seperti ayam & ikan
  • Bijirin penuh
  • Susu

Bagaimana Pesakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM) Ini Dirawat?

Untuk memastikan kadar gula sentiasa berada paras selamat, pesakit kebiasaannya akan dinasihatkan untuk:

  • Menjaga makan dan mengelakkan makanan seperti yang disenaraikan di atas
  • Melakukan aktiviti senaman ringan mengikut saranan doktor sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • Suntikan insulin jika diperlukan
  • Ubat-ubatan prekripsi doktor

 

Rawatan Alternatif Yang Lebih Mudah, Cepat & Tidak Menyakitkan?

Ibu-ibu boleh juga ikhtiar dengan susu kambing Wildan Mama Premium, susu kambing yang dirumus khas bersama ekstrak makanan sunnah seperti habbatus sauda, kurma & gam arab. Menurunkan bacaan gula dengan Wildan Mama Premium cepat, paras gula insyaAllah boleh diturunkan seawal 7 hari dengan pengambilan konsisten.

Ianya juga baik sebagai langkah pencegahan kencing manis seperti yang dilaporkan pelanggan kami ini:

Selain mencegah kencing manis & menurunkan paras gula dalam darah, ibu yang mengamalkan Wildan Mama Premium turut juga mendapat manfaat bonus seperti:

  • Cegah bayi terkena penyakit kuning sewaktu kelahiran
  • Mencantikkan bacaan hemoglobin justeru mencegah terjadinya anemia ketika hamil atau HB rendah
  • Lebih bertenaga & mengelakkan kelesuan
  • Mengurangkan alahan yang biasa berlaku ketika hamil
  • Mempercepatkan penyembuhan ketika berpantang
  • Mengelakkan kekejangan atau simpul biawak
  • Menambah & memekatkan susu badan

Secara ringkasnya, Wildan Mama Premium adalah antara item wajib ada agar hamil lebih bertenaga, berpantang dengan lebih ceria.

Untuk waktu yang terhad sahaja, anda masih berpeluang untuk memenangi 1 gram gold bar dengan menyertai peraduan Redeem & Menang Gold Bar yang sedang berlangsung pada ketika ini (Mac 2022). Beli sekurang-kurangnya 2 kotak Wildan Mama Premium untuk melayakkan penyertaan.

Untuk baca lebih banyak testimoni dan dapatkan maklumat lanjut tentang Wildan Mama Premium, sila klik pada pautan ini.

Untuk semak ketulenan setelah pembelian & sertai pertandingan redeem gold bar, ikuti panduan di sini.

Semoga perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat memberikan awareness & membantu anda untuk lebih bersedia sekiranya ditakdirkan untuk menghidap Gestational Diabetes Mellitus atau GDM. Jangan lupa untuk sebarkan informasi ini kepada keluarga & rakan terdekat yang memerlukan.

Anda mungkin juga meminati:

Nak Cari Set Berpantang Terbaik, Tapi Tak Mau Telan Macam-Macam Jamu & Supplemen?

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping