Memahami Jaundis/Kuning Bayi Baru Lahir

Nota editor: Mencegah kuning bayi dengan susu kambing lebih selamat, lebih mudah. Ia membekalkan nutrisi tambahan mustahak yang diperlukan ibu dan kandungan. Kami mendapat maklum balas yang sangat positif dari pelanggan kami rata-rata bayi mereka tidak terkena jaundis langsung sewaktu kelahiran, jika terkena sekalipun, kuning rendah dan tidak perlu warded. Kami sertakan bersama komentar pengguna susu Wildan di bahagian bawah.

Apa Itu Jaundis Pada Bayi Yang Baru Lahir?

Jaundis ataupun penyakit bayi kuning adalah simptom kekuningan yang terjadi pada kulit dan mata bayi setelah dilahirkan. Jaundis sering berlaku dan boleh terjadi apabila bayi mempunyai tahap bilirubin yang tinggi, iaitu pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan normal sel darah merah. Paras bilirubin biasanya memuncak antara 3 hingga 7 hari selepas kelahiran.

Kebiasaannya, bilirubin akan diproses melalui hati, yang kemudiannya akan disingkirkan ke saluran usus. Walau bagaimanapun, hati bayi yang baru lahir belum cukup matang untuk memproses bilirubin ini.

Berita baiknya ialah dalam kebanyakan kes, jaundis yang baru lahir hilang dengan sendirinya apabila hati bayi telah berkembang dan apabila bayi sudah mula menyusu, proses yang cukup penting untuk bantu membantu menyingkirkan bilirubin dari badan bayi.

Secara purata, kuning bayi akan hilang dalam masa 2 hingga 3 minggu. Jika masalah jaundis berlanjutan lebih daripada 3 minggu, ia mungkin akan mendatangkan bahaya kepada bayi.

Ini kerana, tahap bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan bayi berisiko untuk pekak, cerebral palsy (gangguan terhadap kemampuan anak dalam mengawal pergerakan dan koordinasi tubuh badan), terencat dan pelbagai risiko kerosakan otak yang lain.

 

Anda mungkin juga meminati:

Konsisten Minum Susu Kambing Waktu Hamil, Bayi Kuning Rendah, Tulang Kuat

Apa Punca Yang Menyebabkan Jaundis Bayi Baru Lahir?

Bayi yang paling berisiko mendapat jaundis yang baru lahir adalah:

  • Bayi pramatang (bayi yang lahir sebelum kandungan 37 minggu)
  • Bayi yang tidak mendapat susu ibu atau susu formula yang mencukupi, sama ada kerana mereka sukar menyusu atau kerana belum ada susu badan
  • Bayi yang jenis darahnya tidak serasi dengan jenis darah ibu mereka

Bayi yang jenis darahnya tidak serasi dengan darah ibunya boleh mencetus pembentukan antibodi yang boleh memusnahkan sel darah merah dan menyebabkan peningkatan mendadak paras bilirubin.

Penyebab lain jaundis bayi baru lahir termasuk:

  • Lebam semasa lahir atau pendarahan dalaman yang lain
  • Masalah pada organ hati
  • Jangkitan kuman
  • Kekurangan enzim
  • Kelainan pada sel darah merah bayi

Apakah Simptom Kuning Bayi Baru Lahir?

Tanda pertama penyakit jaundis ialah kulit dan mata bayi mula menjadi kuning. Kekuningan mungkin bermula dalam masa 2 hingga 4 hari selepas kelahiran dan mungkin bermula di muka sebelum merebak ke seluruh badan.

Jika jari ditekan sedikit pada kulit bayi lalu menyebabkan kawasan kulit itu menjadi kuning, ia berkemungkinan adalah indikasi bayi sudah terkena jaundis.

Bila Perlu Menghubungi Doktor?

Kebanyakan kes jaundis adalah normal, tetapi kadangkala jaundis boleh menginjak ke tahap berbahaya. Jaundis yang teruk juga meningkatkan risiko bilirubin masuk ke dalam otak, yang boleh menyebabkan kerosakan otak kekal.

Dapatkan nasihat doktor jika bayi anda mendapati simptom berikut:

  • Jaundis merebak dengan ketara.
  • Bayi mengalami demam melebihi 38°C
  • Kuning pada kulit bayi semakin gelap
  • Bayi enggan menyusu, kelihatan tidak bermaya atau lesu dan menangis dengan nada yang tinggi.

Bagaimanakah Kuning Bayi Baru Lahir Didiagnosis?

Hospital di Malaysia kebiasannya tidak akan membenarkan ibu dan bayi pulang selagi kuning anak belum diatasi.

Jaundis biasanya disahkan dengan simptom warna kuning yang timbul pada kulit bayi, tetapi ujian tambahan mungkin diperlukan untuk menentukan tahap keterukan jaundis.

Bayi yang mengalami jaundis pada 24 jam pertama setelah kelahiran harus diukur tahap bilirubin dengan segera, sama ada melalui ujian kulit atau ujian darah.

Antara ujian tambahan yang biasa dilakukan termasuklah complete blood count (CBC), ujian jenis darah dan ujian Rhesus factor (Rh) incompatibility.

Selain itu, ujian Coombs juga dilakukan untuk memeriksa peningkatan pecahan sel darah merah.

 

Bagaimanakah Penyakit Kuning Yang Baru Lahir Dirawat?

Jaundis bergejala ringan biasanya akan sembuh dengan sendiri apabila hati bayi mula matang. Penyusuan yang kerap (antara 8 hingga 12 kali sehari) akan membantu bayi mengeluarkan bilirubin melalui proses perkumuhan.

Jaundis yang lebih teruk mungkin memerlukan rawatan lain. Fototerapi ialah kaedah rawatan biasa yang menggunakan cahaya untuk memecahkan bilirubin dalam badan bayi anda.

Dalam fototerapi, bayi anda akan diletakkan di atas katil khas di bawah cahaya spektrum biru dengan hanya memakai lampin dan cermin mata pelindung khas. Selimut gentian optik juga akan diletakkan di bawah bayi anda.

Dalam kes yang sangat teruk, pemindahan darah mungkin diperlukan di mana bayi menerima sejumlah kecil darah daripada penderma atau bank darah.

Ini untuk menggantikan darah bayi yang rosak dengan sel darah merah baru yang lebih sihat. Ini juga meningkatkan kiraan sel darah merah bayi dan mengurangkan tahap bilirubin.

Bolehkah Kuning Bayi Dicegah?

Sebenarnya, tidak ada cara yang diperakui sains yang boleh mencegah kuning bayi baru lahir. Namun langkah pencegahan masih boleh diamalkan.

Pastikan bayi anda mendapat nutrisi yang mencukupi melalui susu ibu. Susui bayi anda 8 hingga 12 kali sehari untuk beberapa hari pertama untuk memastikan bayi anda tidak mengalami dehidrasi. Tubuh bayi yang mendapat susu badan yang cukup dapat melaksanakan proses perkumuhan yang boleh menyingkirkan bilirubin melalui badan mereka dengan lebih cepat.

Jika anda tidak boleh menyusu, anda boleh berikan bayi anda susu formula. Dapatkan nasihat doktor sukatan dan kekerapan menyusu jika terpaksa menggunakan menggunakan susu formula ini.

Ikhtiar cegah kuning dengan Susu Kambing Wildan

Kami mendapat banyak feedback positif dari pelanggan kami bahawa mereka alhamdulillah dengan izin Allah telah berjaya mengelakkan bayi dari terkena jaundis setelah lahir.

Kalau bayi saya sudah terkena kuning bagaimana, masih boleh minum?

Boleh!

Susu kambing dapat bantu merangsangkan penghasilan susu badan dan memekatkan susu badan. Susui bayi anda dengan kerap, insya Allah bilubirin lebih mudah dan cepat disingkirkan melalui najis bayi.

Untuk menambah dan memekatkan susu badan, kami cadangkan Susu Kambing Wildan perisa Tamar, atau Wildan Mama Premium.

Anda mungkin juga meminati:

Nak Cari Set Berpantang Terbaik, Tapi Tak Mau Telan Macam-Macam Jamu & Supplemen?

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping