Boleh Jadi Makin Teruk Di Trimester Akhir, Ini Cara Berkesan Atasi Sakit Belakang Semasa Hamil, Cara ‘Last’ Tu Paling Mudah

Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Tak lengkap rasanya mahligai rumah tangga yang dibina tanpa kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.

Setelah sekian waktu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, berita kehamilan sudah pasti menjadi khabar gembira yang paling ditunggu-tunggu pasangan suami isteri. Maka tak hairanlah kalau dari hari pertama mendengar berita kehamilan, dah macam-macam persediaan dibuat untuk menghadapi fasa yang mencabar ini.

Tak dinafikan, semasa sedang sarat hamil, pelbagai perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan wanita. Hal ini termasuk alahan, keletihan dan sakit belakang semasa mengandung.

Sakit belakang semasa hamil ini kebiasaannya berlaku akibat sakit saraf yang dinamakan sciatica. Sakit belakang ketika berbadan dua ini mungkin kedengaran biasa, tapi perkara ini kalau diambil ringan boleh mengakibatkan ketidakselesaan yang berlarutan.

Sakit saraf sciatica

Menurut Hello Doktor, sakit saraf semasa mengandung ini disebabkan oleh kerengsaan pada saraf sciatic, iaitu saraf di antara saraf tunjang yang bersambung ke punggung dan kaki. Saraf yang sangat luas dan panjang ini berfungsi membantu bahagian belakang dan ke bawah tubuh badan untuk merasai sensasi seperti tekanan, suhu dan juga sakit.

Pada fasa kehamilan, kerengsaan ini akan berlaku dan menjadi bertambah teruk apabila kandungan semakin membesar, sekaligus memberi tekanan lebih pada saraf ini. Kebiasaannya, ia akan menjadi semakin kronik apabila kandungan memasuki trimester terakhir kehamilan yakni bulan ketujuh hingga kesembilan.

Selain kehamilan, ia juga mungkin boleh disebabkan oleh kondisi lain seperti ‘slipped disc’ atau ‘spasm of the piriformis’ pada belakang tubuh badan.

Simptom sakit saraf sciatica

Meskipun sakit belakang semasa mengandung boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, namun sciatica adalah pencetus utama sakit belakang ketika hamil. Oleh itu, ibu yang sedang berbadan dua perlu memahami simptomnya terlebih dahulu.

Simptom paling utama sciatica adalah kesakitan yang bermula pada bahagian bawah belakang dan menurun sehingga ke kaki, selain beberapa simptom-simptom lain seperti:

  • Sukar menahan dan mengawal kencing
  • Sakit dan kebas kaki
  • Kepedihan yang akan menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau bergerak
  • Sensasi seperti terbakar pada bahagian bawah tubuh badan

Sekiranya ibu-ibu hamil di luar sana mengalami salah satu atau kesemua simptom di atas, maka anda mungkin mengalami sakit saraf sciatica dan perlu segera berjumpa doktor.

Selain mendapatkan rawatan serta ubatan secara klinikal, anda juga mungkin boleh mengurangkan sakit belakang semasa mengandung ini di rumah dengan mengamalkan tiga teknik regangan semasa hamil.

Teknik regangan jika sakit belakang masa hamil

1. Child’s Pose

Teknik yoga Child’s Pose ini antara yang paling popular kerana ia diakui sangat bagus untuk melegakan sakit belakang termasuklah ketika hamil. Untuk melakukan teknik ini, anda boleh ikuti tujuh langkah mudah di bawah:

  1. Melutut pada permukaan lembut seperti tilam atau karpet
  2. Sentuh ibu jari kaki dan kangkangkan lutut agar perut anda mempunyai ruang
  3. Pastikan belakang tegak dan rehatkan dahi anda pada lantai
  4. Regangkan tangan ke hadapan melepasi kepala sambil menarik nafas
  5. Duduk kembali pada kaki dan biarkan punggung anda mengenai tumit sambil menghembus nafas
  6. Sentiasa menarik nafas sedalamnya dan meregangkan tangan ke hadapan setiap kali pernafasan
  7. Kembalikan tangan anda perlahan-lahan ke posisi melutut awal tadi

2. Seated Piriformis Stretch

Menurut Hello Doktor, teknik Seated Piriformis Stretch dipercayai mampu membantu otot piriformis anda kembali menjadi normal, pada masa yang sama boleh mengurangkan sakit belakang semasa mengandung. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Duduk di kerusi dengan kaki anda menyentuh lantai
  2. Angkatkan kaki kiri dan tempatkan buku lali kiri anda pada lutut kanan
  3. Sujudkan badan ke hadapan perlahan sambil belakang kekal tegak
  4. Ketika ini anda akan berasa regangan pada bawah belakang
  5. Kekalkan posisi ini sekurang-kurangnya selama 30 saat
  6. Ulangi proses ini dengan kaki kanan pula
Gambar via Shutterstock

3. Standing Hamstring Stretch

Teknik ini mampu mengekalkan fleksibiliti pada otot sekitar sistem saraf sciatic lantas mengurangkan sakit belakang semasa mengandung. Ikuti langkah Standing Hamstring Stretch di bawah:

  1. Berdiri tegak dengan kedua-dua belah kaki menyentuh lantai
  2. Angkatkan kaki kiri dan tempatkan ia pada objek yang stabil seperti kerusi
  3. Kekalkan posisi ini dengan ibu jari menghala ke hadapan
  4. Sujudkan badan anda secara perlahan sehingga berasa regangan pada otot hamstring
  5. Kekalkan posisi ini sekurang-kurangnya selama 30 saat
  6. Ulangi proses ini dengan kaki kanan pula

Susu Wildan Mama Premium

Di samping tiga teknik regangan sakit belakang yang dikongsikan di atas, para ibu yang mengalami gejala ini semasa hamil boleh cuba amalkan susu kambing Wildan Mama Premium sebagai alternatif tambahan.

Kekurangan nutrisi dalam badan merupakan salah satu faktor sakit belakang semasa hamil. Susu Wildan Mama Premium yang diformulasi khas untuk ibu mengandung didapati mampu melengkapkan nutrisi ibu hamil dan secara tidak langsung membantu mengelakkan risiko sakit belakang.

Semasa fasa kehamilan, para ibu akan cepat berasa penat dan kurang tenaga. Selain faktor nutrisi, kekurangan tenaga juga boleh menjadi punca ibu hamil mengalami sakit belakang.

Dengan pengambilan Susu Wildan Mama Premium semasa mengandung, para ibu akan rasa lebih bertenaga dan tak mudah penat seperti kebiasaannya. Susu Wildan Mama Premium mampu membekalkan tenaga tambahan kepada sang ibu dan meningkatkan sistem imuniti badan. Apabila tubuh badan mengandungi tenaga yang cukup, maka kemungkinan mengalami sakit belakang semasa hamil akan berkurang.

Pada masa yang sama, Susu Wildan Mama Premium mengandungi kalsium yang merupakan nutrisi terpenting untuk ibu mengandung. Selain membekalkan kalsium untuk ibu, kandungan susu kambing dalam Susu Wildan Mama Premium juga dapat membantu pembentukan tulang dan gigi bayi.

Susu Wildan Mama Premium keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd merupakan produk susu kambing yang sangat popular dalam kalangan ibu mengandung. Susu Wildan Mama Premium juga adalah antara rangkaian produk Susu Kambing Wildan yang menjadi ‘rebutan’ para ibu hamil.

Produk Susu Wildan Mama Premium dirumus khas untuk membantu membekalkan pelbagai zat dan nutrien bagi membantu perkembangan ibu hamil dan kandungan yang sihat. Selain susu kambing, Susu Wildan Mama Premium turut diperkaya dengan bahan-bahan sunnah seperti kurma, habbatussauda dan gam Arab. Susu Wildan Mama Premium juga membekalkan kalsium yang berupaya menguatkan tulang tulang serta membekalkan tenaga.

Anda boleh dapatkan Susu Wildan Mama Premium di pautan ini.

Anda mungkin juga meminati:

Nak Cari Set Berpantang Terbaik, Tapi Tak Mau Telan Macam-Macam Jamu & Supplemen?

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping