Peritnya Kejang Kaki Atau Simpul Biawak Ketika Mengandung, Ini Tips Untuk Elakkannya

Nota editor: Mengatasi kejang kaki atau simpul biawak, mabuk hamil & alahan-alahan yang biasa berlaku semasa mengandung dengan susu kambing Wildan Mama Premium mudah. Selain mudah dikonsumsi, ianya mengandungi nutrisi mustahak yang diperlukan ibu hamil terutamanya bagi mereka yang kurang berselera untuk mengambil makanan berkhasiat. Kami mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan kami bahawa mual-mual, muntah, simpul biawak dan pelbagai alahan berjaya dikurangkan. Kami sertakan bersama komentar mereka di bahagian bawah.

Jika anda mengalami kekejangan kaki atau simpul biawak, anda tidak bersendirian. Ramai wanita hamil mengalaminya pada trimester kedua atau ketiga, selalunya pada waktu malam. Tiada kajian menyeluruh yang dapat mengenal pasti mengapa wanita mengalami lebih kerap kekejangan kaki semasa mengandung. Ia mungkin berkait rapat dengan perubahan peredaran darah dan juga tekanan pada otot kaki anda kerana membawa bersama beban tambahan. Bayi anda yang semakin membesar memberi tekanan pada saraf dan saluran darah yang pergi ke kaki anda.

Sesetengah doktor berpendapat bahawa ia berpunca dari kalsium rendah atau perubahan dalam cara badan anda memproses kalsium lalu menyebabkan kekejangan. Berikut merupakan tips untuk mengelakkan ianya daripada berlaku, kalau dah jadi perit tu nak menanggung walaupun hanya beberapa minit terjadi:

Regangkan Otot Betis Anda

Walaupun kajian saintifik masih berkurangan, regangan sebelum tidur mungkin boleh membantu mengelakkan kekejangan kaki semasa kehamilan. Boleh ikuti panduan regangan seperti ditunjukkan dalam video ini:

Kekal Aktif

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap mungkin membantu mengelakkan berlakunya kekejangan. Pastikan aktiviti yang mahu dilakukan sesuai dan selamat untuk wanita hamil seperti berjalan kaki atau sebarang aktiviti seperti yang dicadangkan doktor anda.

Ambil Suplemen Magnesium

Penyelidikan terhad menunjukkan pengambil suplemen magnesium mungkin boleh membantu mencegah simpul biawak. Pastikan anda mendapat kebenaran doktor sebelum mengambil suplemen ini. Anda juga boleh mula untuk makan lebih banyak makanan kaya magnesium seperti bijirin penuh, chia seeds, kacang badam, sayur bayam, kacang hitam, edamame dan sebagainya jika tiada alahan terhadap makanan tersebut.

Minum Banyak Air

Otot yang mengandungi kandungan air yang cukup mungkin boleh membantu mengelakkan kekejangan. Air kencing anda mestilah agak jernih atau berwarna kuning muda sebagai indikasi untuk memastikan anda betul-betul terhidrat. Jika air kencing anda berwarna kuning pekat, ini bermakna badan anda sedang kekurangan air.

Dapatkan Kalsium Yang Mencukupi

Sesetengah kajian menyatakan pengurangan tahap kalsium dalam darah sewaktu hamil boleh menyumbang kepada berlakunya kekejangan kaki. Semua wanita, termasuk wanita hamil, perlu mendapat sekurang-kurangnya 1,000 miligram kalsium sehari.

Pilih Kasut Yang Sesuai

Pilih kasut yang selesa. Pilih kasut yang mempunyai tumit yang teguh untuk sokongan. Elakkan kasut tumit tinggi.

Mandi Air Panas

Mandi air panas sebelum tidur untuk meregangkan otot kaki jika anda selalu terkena simpul biawak ketika tidur.

Amalkan Minum Susu Kambing Wildan Mama Premium

Selain tips yang dikongsikan di atas, ada satu lagi alternatif tambahan untuk ibu-ibu berbadan dua yang sedang mencari solusi mengurangkan kekejangan otot. Para ibu hamil boleh mencuba produk susu kambing keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd yang sangat popular di kalangan wanita hamil di luar sana.

Berbanding susu lembu, susu kambing didapati mampu mengurangkan alahan semasa mengandung. Hal ini kerana, protein kompleks Alpha-casein dan Beta-casein yang terkandung dalam susu lembu didapati boleh menyebabkan gejala morning sickness.

Kalau nak tahu lebih lanjut atau berminat ingin dapatkan Susu Kambing Wildan, boleh ke pautan ini. Kot-kot ada yang nak bagi hadiah kepada ibu mengandung, boleh la bagi Susu Wildan ni. Mesti si ibu akan bersyukur sangat, insyaAllah.

Anda mungkin juga meminati:

Nak Cari Set Berpantang Terbaik, Tapi Tak Mau Telan Macam-Macam Jamu & Supplemen?

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping