Nota editor: Mengatasi mabuk hamil, kejang kaki & alahan-alahan yang biasa berlaku semasa mengandung dengan susu kambing Wildan Mama Premium mudah. Selain mudah dikonsumsi, ianya mengandungi nutrisi mustahak yang diperlukan ibu hamil terutamanya bagi mereka yang kurang berselera untuk mengambil makanan berkhasiat. Kami mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan kami bahawa mual-mual, muntah, simpul biawak dan pelbagai alahan berjaya dikurangkan. Kami sertakan bersama komentar mereka di bahagian bawah.
Memperoleh cahaya mata sudah pasti menjadi impian setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Tak lengkap rasanya mahligai bahagia yang dibina tanpa kehadiran anak sebagai pengikat kasih sayang suami isteri.
Kehamilan adalah satu berita gembira yang sering ditunggu-tunggu pasangan suami isteri. Hanya Tuhan yang tahu bertapa gembiranya pasangan itu bila mendengar khabar yang mereka bakal menimang cahaya mata.
Buat para ibu yang pernah atau sedang mengalami proses kehamilan, mesti semua dah tahu apa itu alahan mengandung, mabuk hamil atau lebih dikenali sebagai morning sickness. Walaupun tak semua ibu hamil alami kondisi ni, tapi ia boleh jadi satu mimpi ngeri buat para ibu. Mana tidaknya, nak melayan mual dan muntah yang berpanjangan sudah pasti buat kita rasa penat dan tak bermaya, inikan pula wanita yang berbadan dua.
Morning sickness ini lazimnya bermula sekitar enam minggu kehamilan. Pun begitu, dikatakan 80 peratus wanita hamil berhenti mengalami gejala ini kira-kira 12 minggu kehamilan dan selebihnya beransur pulih di minggu ke 16.
Walaupun nama morning sickness itu sendiri lebih sinonim dengan waktu pagi, tapi tak semua wanita hamil mengalaminya pada waktu pagi sahaja. Ada juga yang mengalami morning sickness bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam.
Punca morning sickness
Menurut portal MyHEALTH, punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mengalami gejala alahan teruk semasa mengandung masih menjadi tanda tanya. Kajian rata-ratanya mengaitkan gejala morning sickness dengan perubahan hormon yang berlaku di awal kehamilan. Wanita yang muntah-muntah pada fasa awal kehamilan didapati mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.
Wanita yang hamil anak kembar biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur’ atau molar pregnancy iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal.
Wanita yang mempunyai sejarah morning sickness pada kandungan sebelumya cenderung untuk mengalami gejala morning sickness yang teruk. Malah ada juga yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil.
Punca lain yang boleh menyebabkan gejala muntah seperti morning sickness yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan.
Pencetus morning sickness
Bak kata pepatah, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Begitu juga dengan gejala morning sickness ini. Ibu yang mengalami morning sickness selalunya rasa loya dan mual bila ada faktor pencetus atau triggering factor.
Antara faktor yang mencetus morning sickness adalah:
- Wangian atau bauan seperti minyak wangi, kopi atau asap rokok
- Bau semasa memasak atau menggoreng
- Berasa sangat letih
- Perasaan gelisah atau risau
Kesan morning sickness kepada kandungan
Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri atau bayi dalam kandungan. Pun begitu, jika muntah menjadi lebih teruk hingga tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, ibu berkenaan perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Wanita yang mengalami morning sickness yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis, keadaan di mana asid di dalam badan tinggi atau metabolic acidosis dan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.
Nak kurangkan morning sickness, ubah diet
Menurut MyHEALTH lagi, gejala morning sickness boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:
- Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
- Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
- Terus makan sesuatu makanan apabila mengidam atau teringin
- Elakkan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
- Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
- Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
- Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
- Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) kerana ia terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil
Vitamin tambahan
Pengambilan multivitamin juga boleh membantu mengurangkan morning sickness. Ibu hamil disarankan untuk mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) dengan cadangan dos 25 hingga 50 miligram setiap lapan jam. Ia berfungsi untuk membantu mengurangkan rasa loya.
Sekiranya vitamin tambahan yang dimakan boleh menambahkan rasa loya, ibu hamil boleh mengambilnya pada waktu malam sebelum tidur. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor kandungan masing-masing jika mahu menukar vitamin yang diambil. Vitamin berbentuk gel biasanya kurang memberi rasa loya.
Â
Susu Kambing Wildan
Selain tips yang dikongsikan di atas, ada satu lagi alternatif tambahan untuk ibu-ibu berbadan dua yang sedang mencari solusi mengurangkan morning sickness. Para ibu hamil boleh mencuba produk susu kambing keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd yang sangat popular di kalangan wanita hamil di luar sana.
Berbanding susu lembu, susu kambing didapati mampu mengurangkan alahan semasa mengandung. Hal ini kerana, protein kompleks Alpha-casein dan Beta-casein yang terkandung dalam susu lembu didapati boleh menyebabkan gejala morning sickness.
Kalau nak tahu lebih lanjut atau berminat ingin dapatkan Susu Kambing Wildan, boleh ke pautan ini. Kot-kot ada yang nak bagi hadiah kepada ibu mengandung, boleh la bagi Susu Wildan ni. Mesti si ibu akan bersyukur sangat, insyaAllah.
Anda mungkin juga meminati: