Ekzema: Ketahui Jenis, Gejala, Punca, Diagnosis dan Rawatannya

Nota editor: Meredakan ekzema dengan susu kambing lebih bersifat alami berbanding krim steroid yang mungkin memberi kesan sampingan dengan penggunaan jangka panjang. Susu kambing bersifat anti radang dan mesra penghadaman yang sangat berkait rapat dengan kesihatan kulit. Kami mendapat maklum balas yang  positif dari pelanggan kami gejala ekzema anak mereka berjaya dikurangkan. Kami sertakan bersama komentar pengguna susu Wildan di bahagian bawah.

Apa Itu Ekzema?

Ekzema adalah keadaan di mana permukaan kulit meradang, kemerah-merahan atau merengsa, dan ia mempunyai berbagai-bagai jenis. Jenis yang paling biasa ialah dermatitis atopik atau ekzema atopik. “Atopik” merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk mendapat alahan contohnya asma dan demam.

Ekzema menjejaskan kira-kira 10% hingga 20% bayi dan kira-kira 3% orang dewasa dan kanak-kanak di Amerika Syarikat. Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasinya secara semula jadi ketika menginjak umur 10 tahun. Manakala bagi sesetengah orang pula, keadaannya berlanjutan seumur hidup.

Ekzema tiada penawar, tetapi kebanyakan orang boleh mengurangkan gejala mereka dengan mendapatkan rawatan klinikal atau rawatan alternatif dan dengan mengelakkan bahan-bahan yang boleh mencetuskannya. Ekzema tidak berjangkit, jadi ia tidak akan tersebar kepada orang lain.

Gejala Ekzema

Ekzema kelihatan berbeza pada setiap orang. Malah ‘letusannya’ juga tidak selalu berlaku di kawasan yang sama.

Tidak kira di bahagian kulit mana yang terjejas, ekzema selalunya  terasa gatal. Kadangkala gatal itu datang dahulu sebelum terjadinya simptom kemerah-merahan. Simptom biasa termasuklah:

  • Kemerah-merahan
  • Kulit kering
  • Kulit retak
  • Mengelupas

 

Gejala pada bayi

Ruam gatal pada bayi boleh menyebabkan lelehan dan kulit berkerak, terutamanya pada muka dan kulit kepala. Ia juga boleh berlaku pada lengan, kaki, belakang, dan dada mereka.

Gejala pada kanak-kanak

Kanak-kanak dan remaja biasanya mempunyai ruam di lipatan siku, di belakang lutut, di leher, atau di pergelangan tangan atau buku lali mereka. Simptomnya biasanya bersisik dan kering.

Gejala pada orang dewasa

Biasanya timbul pada muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan atau kaki.

Kulit anda mungkin akan menjadi sangat kering, tebal atau bersisik. Bagi orang yang berkulit cerah, kawasan ini awalnya terjadi kemerah-merahan dan kemudian bertukar menjadi coklat. Bagi orang yang berkulit gelap pula, ekzema boleh menjejaskan pigmen kulit, menjadikan kawasan yang terjejas lebih cerah atau lebih gelap.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Dapatkan nasihat doktor jika:

  • Anda melihat tanda-tanda jangkitan sehingga menyebabkan demam, kulit kemerahan, panas, bernanah atau melepuh.
  • Ekzema anda tiba-tiba berubah menjadi lebih teruk.
  • Rawatan tidak mempunyai sebarang kesan.

Jenis-Jenis Ekzema

Ekzema terdapat pelbagai jenis dan keadaan, antaranya:

1) Atopic Dermatitis/Dermatitis Atopik: Ekzema jenis inilah yang biasanya orang bercakap apabila mereka menyebut “ekzema.” Ini kerana ekzema jenis ini adalah kondisi yang paling biasa terjadi, dan ia menjejaskan lebih daripada 7% orang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan gangguan alahan lain, seperti asma dan alergik terhadap debunga dan selalunya bermula dari zaman kanak-kanak lagi.

2) Contact Dermatitis/Dermatitis Kontak: Hampir semua orang mendapat ekzema jenis ini pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia berlaku apabila kulit anda bersentuhan dengan sesuatu yang boleh mencetuskan ruam. Pencetus boleh menyebabkan kerengsaan atau tindak balas alahan. Pencetus adalah unik untuk setiap orang. Ia terjadi apabila kulit anda bersentuhan langsung dengan sesuatu yang anda alah kepadanya. Bahan pencetus mungkin termasuk produk penjagaan kulit, sabun mandi, sabun basuh baju, barang kemas yang dibuat daripada nikel, dan bahan kimia industri seperti pelarut dan simen. Bagi sesetengah kes, terkena cahaya matahari juga boleh mencetuskan reaksi.

 

3) Dyshidrotic Eczema/Ekzema Dishidrotik: Ini adalah bentuk ekzema yang sangat jarang tetapi gejalanya agak serius. Ia menyebabkan kelepuhan kecil pada tapak tangan, tapak kaki, dan tepi jari. Ia mungkin dicetuskan oleh peluh atau perengsa seperti logam.

 4) Neurodermatitis: Ekzema jenis ini cenderung menyebabkan hanya satu atau dua tompok gatal yang teruk, selalunya pada tengkuk, lengan atau kaki. Faktor risiko termasuklah telah menghidap ekzema lain seperti atopik atau dermatitis kontak, atau masalah kulit yang sangat kering. Tetapi ia juga dikaitkan dengan beberapa isu kesihatan mental seperti gangguan anxiety disorder dan obsessive-compulsive disorder (OCD). Wanita yang berumur antara 30 dan 50 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkannya berbanding orang lain.

 

 5) Nummular Eczema/Ekzema Numular: Ekzema berbentuk duit syiling ini sering muncul selepas kecederaan kulit seperti melecur atau gigitan serangga. Anda lebih berkemungkinan mendapat ekzema numular jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai sejarah dermatitis atopik atau asma.

 

 6) Seborrheic Dermatitis/Dermatitis Seborik: Ia berlaku di kawasan badan yang mempunyai banyak kelenjar minyak. Apabila ia berada di kulit kepala, ia dipanggil kelemumur. Dermatitis seborik mungkin berpunca daripada tindak balas dari sejenis yis yang bernama Malassezia, organisma biasa yang hidup di permukaan kulit. Ia juga dikaitkan dengan kondisi penyakit kulit yang lain seperti psoriasis, jerawat dan rosacea.

 

 7) Stasis Dermatitis/Dermatitis Stasis: Jenis ini biasanya berlaku pada orang yang mempunyai aliran darah yang lemah, biasanya di bahagian bawah kaki. Tidak seperti beberapa jenis ekzema lain, ia tidak dikaitkan dengan genetik yang lemah. Sesetengah tabiat gaya hidup juga meningkatkan risiko, seperti berat badan berlebihan dan tidak tidak cukup aktif.

Punca Ekzema & Risikonya

Pakar kesihatan tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang menyebabkan ekzema. Namun puncanya berkemungkinan dari:

  • Tindak balas sistem imun terhadap sesuatu alergen
  • Masalah pada lapisan kulit anda yang mengeluarkan lembapan keluar dan membiarkan kuman masuk
  • Sejarah keluarga yang mempunyai ekzema dan asma

Pencetus Ekzema

Sesetengah orang mengalami ruam gatal sebagai tindak balas kepada perkara seperti:

  • Kain pakaian kasar atau panas
  • Suhu yang terlalu panas atau sejuk
  • Produk kegunaan di rumah seperti sabun atau detergen
  • Bulu haiwan
  • Jangkitan pernafasan atau selsema
  • Stress
  • Peluh

Diagnosis Ekzema

Tiada ujian klinikal yang boleh mengesan ekzema. Doktor anda mungkin akan mendiagnosisnya dengan memerhatikan kulit anda dan dengan bertanya beberapa soalan.

Oleh kerana ramai penghidap ekzema juga mempunyai alahan, doktor mungkin akan melaksanakan beberapa ujian untuk mencari punca yang mencetuskannya.

Jika doktor anda mendiagnosis anda menghidap ekzema, anda mungkin ingin bertanya kepada mereka:

  • Apakah cara terbaik untuk menambahkan kelembapan pada kulit? Apakah sesuai untuk saya menggunakan sebarang produk atau jika ada cadangan produk dari doktor?
  • Adakah saya perlu membeli sabun, losyen dan detergen pakaian khas untuk penghidap ekzema? Adakah produk bebas bahan pewangi boleh membantu?
  • Adakah terdapat makanan yang harus saya pantang?
  • Adakah terdapat fabrik yang saya harus elakkan memakai? Jenis kain apa yang sesuai?
  • Adakah haiwan peliharaan memburukkan gejala?
  • Jika berpeluh memburukkan lagi keadaan, bolehkah saya bersenam?
  • Bagaimana kalau simptom saya tidak bertambah baik atau saya mendapat jangkitan daripada menggaru kulit saya?
  • Adakah stress boleh membawa kepada cetusan ekzema?
  • Adakah tempoh masa yang lama tanpa gejala itu sesuatu yang biasa?
  • Adakah terdapat cara untuk mengurangkan risiko tercetusnya lagi ekzema pada masa akan datang?

Adakah Ekzema Boleh Berjangkit?

Tidak. Anda tidak boleh terkena ekzema daripada seseorang atau menyebarkannya kepada orang lain. Ekzema tidak bermakna kulit anda telah dijangkiti dari mana-mana atau ia merebak dari manusia ke manusia yang lain. Sesetengah orang mungkin menganggap bahawa ekzema berjangkit kerana ia sering berlaku dalam keluarga. Tetapi ekzema boleh terjadi oleh beberapa faktor, termasuk masalah sistem imun, genetik, persekitaran, dan perkara lain yang boleh menyebabkan lapisan kulit anda rosak.

Namun, ekzema boleh merebak atau menjadi lebih besar ke kawasan kulit yang lain dengan menggaru atau apabila kulit merekah. Ini boleh mendedahkan kulit anda terhadap bakteria dan kuman.

Rawatan Ekzema

Buat masa ini, ekzema masih belum mempunyai penawar. Matlamat rawatan ekzema adalah untuk sekadar meredakan dan mencegah kegatalan, yang boleh menyebabkannya merebak ke bahagian kulit yang lain.

Rawatan di rumah

Beberapa perkara boleh dilakukan di rumah untuk membantu meredakan gejala.

Pelembap kulit: Disebabkan kulit anda kering dan gatal, doktor akan mengesyorkan losyen dan krim untuk memastikan ia sentiasa lembap. Krim boleh bantu meredakan keradangan dan mengembalikan kelembapan ke dalam kulit anda untuk bantu mengurangkan simptom. Pakai beberapa kali sehari, termasuk selepas anda mandi. Jeli petroleum berfungsi dengan baik kerana ia membentuk lapisan tebal pada kulit anda.

Produk dengan gliserin dan asid laktik: Juga boleh membantu kerana ia boleh menarik air ke dalam kulit anda. Anda boleh menyapunya ketika kulit anda lembap seperti selepas mandi, untuk membantu mengekalkan kelembapan.

Krim hidrokortison dan antihistamin: Produk seperti krim hidrokortison dan antihistamin juga boleh membantu. Hydrocortisone adalah steroid yang membantu mengekang kemerahan, gatal-gatal, dan bengkak. Anda boleh membeli krim dan losyen berkekuatan rendah di farmasi. Jika ia tidak membantu, doktor anda mungkin akan menetapkan sesuatu yang lebih kuat.

Adalah selamat untuk menyapu hidrokortison di kebanyakan bahagian badan sebanyak empat kali sehari sehingga 7 hari, selagi anda tidak hamil atau menyusu. Jauhkan ia dari mata, rektum dan alat kelamin anda.

Sesetengah orang mempunyai tindak balas yang teruk terhadap hidrokortison. Jika anda mengalami masalah bernafas atau menelan, atau terjadi ruam kulit selepas anda menggunakannya, hentikan segera penggunaan.

Oat kisar: Masukkan oat yang dikisar halus ini ke dalam air mandian yang suam.

Balut dengan kain basah: Apabila ekzema anda terasa membara, rendamkan kain ke dalam air sejuk dan letakkan pada kulit anda. Kesejukan akan melegakan kegatalan, dan kelembapan akan membantu krim atau losyen berfungsi dengan lebih baik.

Losyen Calamine: Losyen ini hendaklah diletakkan di dalam peti ais. Ia boleh digunakan untuk meredakan kegatalan dengan segera.

Susu Kambing: Selain rawatan secara luaran, anda juga boleh ikhtiar secara ‘dalaman’ dengan mengamalkan minuman sunnah susu kambing sebagai rawatan alternatif. Susu kambing bersifat anti-radang, menurut kajian di Sepanyol, ia juga mengurangkan terjadinya radang usus, yang mungkin berkait rapat dengan kesihatan kulit. Menurut portal Neuroversiti juga, susu kambing kaya dengan ‘fatty acids’ dan ‘triglycerides’,  dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ianya juga kaya dengan vitamin A, nutrien yang penting untuk kulit. 

Kami mendapat respon positif daripada pelanggan kami gejala ekzema mereka atau anak mereka berjaya dikurangkan. Namun ini bukanlah nasihat perubatan. Sila dapatkan saranan daripada doktor anda.

 

Dapatkan susu kambing Wildan di sini.

Pencegahan Cetusan/Ledakan Ekzema

Beberapa petua boleh membantu anda mencegah  atau menghalangnya daripada menjadi lebih teruk:

  • Lembapkan kulit anda dengan kerap.
  • Elakkan perubahan suhu atau kelembapan mendadak.
  • Elakkan terlalu berpeluh atau cuaca panas. Memastikan rumah anda sejuk dan selesa boleh mengurangkan kegatalan.
  • Uruskan stress, dan luangkan masa untuk berehat. Cuba senaman ringan. Ia boleh membantu mengawal stress dan meningkatkan peredaran darah.
  • Elakkan memakai kain seperti kapas.
  • Jangan gunakan sabun mandi, detergen atau pelarut yang ‘keras’.
  • Beri perhatian kepada makanan yang mungkin mencetuskan gejala dan cuba elakkannya.
  • Gunakan air humidifier di dalam bilik tidur anda.
  • Jika bayi anda lebih berkemungkinan menghidap ekzema kerana sejarah keluarga, sebaiknya fokus untuk susukan mereka secara kerap selama 3 bulan pertama, atau lebih lama jika boleh. Doktor menasihatkan untuk meneruskan susu ibu sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan (sebaik-baiknya 1 tahun) semasa anda memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal. Bayi juga harus dilindungi daripada alergen yang berpotensi seperti bulu haiwan peliharaan, hama dan kulat.

American Academy of Dermatology: “Eczema types: Atopic dermatitis overview,” “Eczema types: Atopic dermatitis symptoms,” “Eczema types: Contact dermatitis overview,” “Eczema types: Neurodermatitis overview,” “Eczema types: Neurodermatitis causes,” “Eczema types: Seborrheic dermatitis,” “Eczema types: Statis dermatitis,” “Eczema types: Statis dermatitis causes.”

 

Asthma and Allergy Foundation of America: “Atopic Dermatitis in America.”

 

InformedHealth.org: “Eczema: Overview.”

 

Nemours/KidsHealth: “Eczema (Atopic Dermatitis).”

 

Cleveland Clinic: “Eczema,” “Dyshidrosis.”

 

Van den Bogaard, J. Journal of Clinical Investigation, published Jan. 25, 2013.

 

Eichenfield, L. Journal of the American Academy of Dermatology, July 2014.

 

Slutsky, J. Journal of Drugs in Dermatology, October 2010.

 

American Academy of Allergy Asthma and Immunology: “Bleach Bath Recipe for Skin Conditions.”

 

News release, Northwestern University.                               

 

Harvard Medical School: “Recognizing the Mind-Skin Connection.”

 

National Jewish Health: “Eczema Treatment: Wet Wrap Therapy of Atopic Dermatitis.”

 

Medline Plus: “Hydrocortisone Topical.”

National Library of Medicine: “Atopic dermatitis.”

 

British Skin Foundation: “Contact dermatitis.”

 

British Association of Dermatology: “Venous eczema.”

 

Better Health Victoria: “Eczema (atopic dermatitis).”

 

National Institute of Allergy and Infectious Diseases: “Eczema (atopic dermatitis).”

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

17 comments

    Hi there,

    We’re writing to ask if you accept Guest Posts on wildan.com.my?

    If you do, would you be interested in us adding your site to our list, which has an outreach of over 47 million potential customers?

    As we’re doing the promotion, people come to you. You just reply to them and carry on the conversation before sealing the deal like you would if anybody contacted you wanting to place a post on your site.

    If you’d like to discuss this further, just get back in touch.

    Kind Regards,
    Sam

    Hiya, I am really glad I’ve found this info. Today bloggers publish just about gossips and net and this is really irritating. A good web site with exciting content, that’s what I need. Thank you for keeping this web site, I will be visiting it. Do you do newsletters? Can’t find it.

    Thanks for the update, how can I make is so that I receive an update sent in an email whenever you publish a new post?

    I believe that avoiding highly processed foods would be the first step to be able to lose weight. They might taste very good, but refined foods have very little nutritional value, making you take in more just to have enough power to get throughout the day. If you’re constantly consuming these foods, switching to cereals and other complex carbohydrates will make you to have more vigor while taking in less. Great blog post.

    Wow, incredible blog layout! How long have you been blogging for? you make blogging look easy. The overall look of your website is wonderful, as well as the content!

    Hi there,

    We are just wondering if you would be interested in our Twitter growth service.

    We have a network of over 3.4 million followers, and have worked in this industry since 2009.

    If you would like more information and would like to see some of our previous work, just reply back and we can discuss further.

    Kind Regards,
    Lucy

    Hi there,

    We run a Twitter growth service, which increases your number of followers both safely and practically.

    – We guarantee to gain you 500-1000+ followers per month.
    – People follow you because they are interested in you, increasing likes, comments and interaction.
    – All actions are made manually by our team. We do not use any ‘bots’.

    If you’d like to see some of our previous work, just reply back and we can discuss it further.

    Kind Regards,
    Lucy

    Hi there,

    We run an Instagram growth service, which increases your number of followers both safely and practically.

    – We guarantee to gain you 400-1000+ followers per month.
    – People follow you because they are interested in you, increasing likes, comments and interaction.
    – All actions are made manually by our team. We do not use any ‘bots’.

    The price is just $60 (USD) per month, and we can start immediately.

    If you’d like to see some of our previous work, let me know, and we can discuss it further.

    Kind Regards,
    Libby

    Hi,

    We’d like to introduce to you our explainer video service, which we feel can benefit your site wildan.com.my.

    Check out some of our existing videos here:
    www.youtube.com/watch?v=bWz-ELfJVEI
    www.youtube.com/watch?v=Y46aNG-Y3rM
    www.youtube.com/watch?v=hJCFX1AjHKk

    All of our videos are in a similar animated format as the above examples, and we have voice over artists with US/UK/Australian accents. We can also produce voice overs in languages other than English.

    They can show a solution to a problem or simply promote one of your products or services. They are concise, can be uploaded to video sites such as YouTube, and can be embedded into your website or featured on landing pages.

    Our prices are as follows depending on video length:
    30 seconds = $195
    1 minute = $259
    1-2 minutes = $379
    2-3 minutes = $489

    *All prices above are in USD and include a full script, voice-over and video.

    If this is something you would like to discuss further, don’t hesitate to reply.

    Kind Regards,
    Georgina

    Greetings from Colorado! I’m bored to death at work so I decided to check out your site on my iphone during lunch break. I enjoy the knowledge you provide here and can’t wait to take a look when I get home. I’m surprised at how quick your blog loaded on my mobile .. I’m not even using WIFI, just 3G .. Anyways, superb blog!

    I have observed that in the world these days, video games are definitely the latest popularity with children of all ages. Occasionally it may be unattainable to drag young kids away from the video games. If you want the best of both worlds, there are lots of educational video games for kids. Thanks for your post.

    Thank you, I have recently been searching for info about this topic for ages and yours is the greatest I’ve came upon so far. But, what about the conclusion? Are you certain in regards to the supply?

    Have you ever considered publishing an e-book or guest authoring on other websites? I have a blog centered on the same information you discuss and would love to have you share some stories/information. I know my audience would value your work. If you’re even remotely interested, feel free to send me an e-mail.

    I liked as much as you will receive carried out proper here. The caricature is tasteful, your authored material stylish. nonetheless, you command get bought an impatience over that you want be handing over the following. sick surely come further previously once more as exactly the similar nearly very frequently within case you protect this hike.

    Hi there,

    We run an Instagram growth service, which increases your number of followers both safely and practically.

    – Guaranteed: We guarantee to gain you 400-1200+ followers per month.
    – Real, human followers: People follow you because they are interested in your business or niche.
    – Safe: All actions are made manually. We do not use any bots.

    The price is just $60 (USD) per month, and we can start immediately.

    If you are interested, and would like to see some of our previous work, let me know and we can discuss further.

    Kind Regards,
    Libby

    I have come across that these days, more and more people are being attracted to video cameras and the issue of digital photography. However, like a photographer, you should first shell out so much period deciding which model of photographic camera to buy and also moving from store to store just so you could potentially buy the most affordable camera of the trademark you have decided to select. But it doesn’t end at this time there. You also have to take into consideration whether you should buy a digital digital camera extended warranty. Thanks a bunch for the good points I obtained from your weblog.

    Hi there,

    After visiting wildan.com.my we were wondering if you’d be interested in our animated explainer video service?

    They can explain or promote your business, product or service and are especially effective in simplifying something complex, allowing your customers to access crucial information without any extensive reading.

    Here are some samples of our previous work: drive.google.com/drive/folders/1dLS-IyxSMWOfcCba0DlDG_vb4P-QK_ci?usp=share_link

    Our prices start from as little as $195 and include a professional script and voice-over.

    Kind Regards,
    Danielle

    If you are not interested, you can unsubscribe here: explainervideos4u.net/unsubscribe.php?d=wildan.com.my

Leave a Reply

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Rangkaian Susu Wildan

Wildan Susu Kambing © 2013-2022

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping