Seleksi Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Sistem Imun Anda

Sistem imun yang kuat dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk melawan jangkitan penyakit. Bolehkah makanan tertentu meningkatkan sistem imun manusia?

Sistem imun terdiri daripada organ, sel, tisu, dan protein. Ia bersama-sama bergabung untuk  menjalankan proses melawan patogen di dalam tubuh seperti virus, bakteria, dan bendasing yang menyebabkan jangkitan atau penyakit.

Apabila sistem imun bersentuhan dengan patogen, ia akan mencetuskan tindak balas imun. Antibodi akan dibebaskan dalam bentuk antigen yang melekat pada patogen lalu membunuhnya.

Mengamalkan makanan tertentu ke dalam gizi harian anda boleh menguatkan tindak balas imun seseorang. Teruskan membaca untuk mengetahui 16 makanan yang boleh bantu meningkatkan antibodi anda.

 

Makanan Apakah Yang Boleh Meningkatkan Daya Tubuh Badan Melawan Penyakit?

Pemakanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Makanan berikut (disertakan pautan kajian saintifik) boleh membantu menguatkan imunisasi anda

1. Ubi Keledek

Ubi keledek kaya dengan beta karotena, sejenis antioksidan yang memberikan warna oren pada kulit kentang.

Beta karotena ialah sumber vitamin A. Ia membantu menyihatkan kulit malah dapat memberikan perlindungan terhadap kerosakan kulit daripada sinaran ultraungu (UV).

2. Kunyit

Kunyit adalah rempah kuning yang digunakan ramai orang dalam masakan. Ia juga popular dalam beberapa ubat rawatan alternatif. Mengamalkan pengambilan kunyit boleh meningkatkan tindak balas imun seseorang. Ini disebabkan oleh elemen curcumin, sebatian bermanfaat yang terkandung di dalam kunyit.

Menurut ulasan 2017 ini, curcumin mempunyai kesan antioksidan dan anti-radang.

3. Bayam

Bayam boleh meningkatkan sistem imun, kerana ia mengandungi banyak nutrien penting dan antioksidan, termasuk:

  • Flavonoid
  • Karotenoid
  • Vitamin C
  • Vitamin E

Vitamin C dan E sangat baik untuk menyokong sistem imun.

Penyelidikan dari sumber dipercayai juga menunjukkan bahawa flavonoid boleh membantu mencegah selsema pada orang yang sihat.

4. Halia

Ramai orang menggunakan halia dalam pelbagai hidangan, pencuci mulut serta dalam teh.

Menurut kajian, halia mempunyai sifat anti-radang dan antioksida dan berkemungkinan boleh menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan sama ada ia boleh mencegah penyakit dengan berkesan atau tidak.

 

5. Bawang Putih

Bawang putih terkenal sebagai home remedy untuk pencegahan selsema dan penyakit lain.

Terdapat sebuah kajian yang melihat sama ada mengambil suplemen bawang putih yang mengandungi allicin dapat mengurangkan risiko mendapat selsema.

Kumpulan peserta yang mengambil pil plasebo mempunyai lebih daripada dua kali ganda bilangan yang dijangkiti selsema di antara mereka berbanding mereka yang mengambil suplemen bawang putih. Walau bagaimanapun, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan sama ada bawang putih boleh membantu mencegah selsema atau tidak.

Anda mungkin juga meminati:

Tegar Minum Susu Kambing, Imuniti Kuat, Anak Jarang Dijangkiti Penyakit

6. Coklat Gelap

Coklat gelap mengandungi antioksidan yang dipanggil theobromine, yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dengan melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas.

Radikal bebas ialah molekul yang dihasilkan oleh badan apabila ia menghadam makanan atau bersentuhan dengan bahan tercemar. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel badan dan boleh menyumbang kepada penyakit.

Walaupun dengan kebaikannya itu, coklat gelap tetap mengandungi kalori dan lemak tepu yang tinggi, jadi penting untuk mengambilnya secara sederhana.

7. Buah Blueberi

Blueberi mengandungi sejenis flavonoid yang dipanggil anthocyanin yang mempunyai sifat antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun seseorang. Kajian pada tahun 2016 ini menyatakan bahawa flavonoid memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan imun terutamanya untuk saluran pernafasan.

Penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengamalkan makanan yang kaya dengan flavonoid lebih berkemungkinan rendah untuk mendapat jangkitan saluran pernafasan seperti selsema, berbanding mereka yang tidak.

8. Minyak Ikan

Minyak ikan terutamnya dari salmon, tuna & pilchards sangat kaya dengan asid lemak omega-3.

Menurut laporan 2014, pengambilan jangka panjang asid lemak omega-3 boleh mengurangkan risiko rheumatoid arthritis (RA).

RA ialah keadaan autoimun kronik yang berlaku apabila sistem imun tersilap menyerang bahagian badan yang sihat.

9. Brokoli

Brokoli sangat kaya dengan vitamin C. Ia juga mengandungi antioksidan yang kuat seperti sulforaphane. Oleh itu, ia antara pilihan sayur yang baik untuk dimakan dengan kerap untuk menyokong kesihatan sistem imun.

10. Oren Atau Buah Kiwi

Oren dan kiwi adalah sumber vitamin C yang sangat baik.

Walaupun saintis masih tidak pasti bagaimana ia membantu, vitamin C boleh mengurangkan tempoh simptom selesema biasa dan meningkatkan fungsi sistem imun manusia.

11. Teh hijau

Teh hijau mengandungi hanya sedikit kafein, jadi orang ramai boleh menikmatinya sebagai alternatif kepada teh hitam atau kopi. Meminumnya juga boleh menguatkan sistem imun. Seperti bluberi, teh hijau turut mengandungi flavonoid yang boleh mengurangkan risiko selsema.

12. Lada Benggala Merah

Bagi mereka yang perlu mengelakkan gula atau fruktos dalam buah atas sebab kesihatan tertentu, lada benggala merah adalah sumber alternatif vitamin C yang sangat baik.

Menggoreng atau memanggang kedua-duanya mengekalkan kandungan nutrien lada benggala merah dengan lebih baik berbanding jika mengukus atau merebus, menurut journal mengenai kaedah memasaknya.

13. Kefir

Kefir adalah minuman yang ditapai yang mengandungi kultur hidup bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Kajian awal menunjukkan bahawa meminum kefir boleh meningkatkan sistem imun. Menurut tinjauan, pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan kefir secara tetap boleh membantu:

  • Melawan bakteria
  • Mengurangkan keradangan
  • Meningkatkan aktiviti antioksidan

Namun majoriti penyelidikan yang menyokong khasiat kefir ini dijalankan ke atas haiwan di makmal. Penyelidik masih perlu melakukan kajian tambahan untuk memahami bagaimana kefir boleh mencegah penyakit pada manusia.

14. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari boleh dijadikan snek tambahan yang lazat dalam salad atau bijirin sarapan. Ia merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E yang bersifat antioksidan.

Seperti mana antioksidan yang lain, vitamin E meningkatkan fungsi imun. Ia berfungsi dengan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

15. Badam

Badam adalah satu lagi sumber vitamin E yang sangat baik. Ia juga mengandungi mangan, magnesium, dan serat.

Segenggam kecil atau suku cawan badam boleh dijadikan makanan ringan yang menyihatkan yang boleh memberi manfaat kepada sistem imun.

Namun Tak Semua Orang Mesra Tekak Dengan Makanan Dari Kajian Barat Ini, Malah Sebahagian Daripadanya Sangat Mahal Harganya Untuk Diamalkan Secara Konsisten

16. Susu Kambing

Tak mengapa, susu kambing Wildan ada! Susu kambing kaya dengan selenium yang mampu meningkatkan sistem pertahanan tubuh justeru dapat mencegah penyakit.

Terdapat juga penemuan yang mendapati susu kambing boleh mengaktifkan perembesan elemen nitrik oksida daripada sel darah yang boleh memberi aktiviti antibakteria sekaligus dapat mencegah jangkitan.

Selain itu, menurut portal Neuroversiti, susu kambing juga sangat baik untuk kesihatan jantung, bantu turunkan kolesterol, kuatkan tulang, baik untuk penghadaman, mencegah anemia, mencegah keradangan, cantikkan kulit dan banyak lagi.

Selain tidak berbau hamis, ia juga tersedia dalam 3 perisa yang lazat diminum. Sekotak susu Wildan Family 500 gram hanya berharga RM45. Sekotak boleh bancuh kira-kira 22-23 cawan. Secawan hanya RM1.90! Lebih berbaloi, jimat dan cepat untuk kesihatan seisi keluarga. Sesuai sangat bagi ibu-bapa yang sibuk tak sempat nak pergi ke pasar. Jom tengok komen-komen pelanggan Wildan yang lepas.

 

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping