Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pedih Ulu Hati

Mengatasi heartburn atau pedih ulu hati dengan susu kambing selamat, malah boleh mengelakkan daripada terpaksa mengambil ubat-ubatan yang berkemungkinan memberi kesan sampingan jika terpaksa mengambilnya dalam jangka masa panjang. Kami mendapat feedback yang positif dari pelanggan kami yang telah berjaya mengatasi masalah pedih ulu hati mereka setelah mengamalkan minum susu kambing Wildan secara konsisten.

Penafian: Kami mempunyai garis panduan penyumberan yang ketat dan bergantung pada kajian saintifik yang telah diluluskan institusi penyelidikan akademik dan persatuan perubatan. Kami mengelak daripada menggunakan rujukan tertiari sebagai sumber penulisan. Untuk senarai rujukan sumber, sila semak di bahagian paling bawah.

 

Apa Itu Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati ialah rasa terbakar atau kepedihan di dada & di belakang tulang dada anda. Ia berlaku apabila asid perut bergerak ke atas esofagus, iaitu tiub yang bertanggungjwab membawa makanan dari mulut ke perut. Anda juga mungkin mengalami rasa pahit di tekak atau mulut. Gejala pedih ulu hati sering terjadi selepas anda makan atau ketika sedang berbaring.

Secara umum, gejala pedih ulu hati boleh diatasi di rumah. Jika pedih ulu hati kerap berlaku serta membuatkan anda sukar untuk makan atau menelan, bermakna ia mungkin sudah berada di tahap yang serius.

Apakah Simptom Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati biasanya bergejala ringan namun tak dinafikan boleh menginjak ke tahap serius. Simptom pedih ulu hati yang paling biasa berlaku ialah rasa pedih di dada dan tekak anda. Antara simptom lain adalah:

  • Rasa tekanan atau sakit di bahagian belakang tulang dada
  • Kesukaran menelan
  • Rasa sakit yang semakin teruk ketika berbaring atau membongkok
  • Rasa berasid, masam atau pahit di dalam mulut
  • Batuk-batuk, suara menjadi serak

Berapa Lama Pedih Ulu Hati Berlaku?

Pedih ulu hati boleh menjejaskan setiap individu secara berbeza. Secara amnya, simptom pedih ulu hati bermula sejurus selepas makan dan boleh berlangsung dari sekitar beberapa minit hinggalah ke beberapa jam, atau lebih lama lagi.

Berapa lama simptom pedih ulu hari berlaku bergantung kepada punca yang mencetusnya. Sebagai contoh, kadangkala gejalanya berlarutan sehinggalah badan anda mencerna sepenuhnya makanan yang menjadi punca kepada pedih ulu hati. Kadangkala, ia hilang setelah anda bangun dari berbaring selepas makan.

Jika anda mengambil antasid atau ubat preskripsi  doktor sebagai sebahagian daripada pelan rawatan, anda mungkin mengalami tempoh yang lebih singkat atau kurang mengalami simptom.

Apa Yang Menyebabkan Terjadinya Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati biasanya berlaku apabila kandungan dari dalam perut kembali naik ke esofagus. Esofagus adalah tiub yang membawa makanan dan cecair dari mulut turun ke dalam perut.

Esofagus anda bersambung ke perut anda pada satu persimpangan yang dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES). Jika ia berfungsi dengan baik, ia akan tertutup setelah makanan meninggalkan esofagus dan memasuki perut.

Pada sesetengah orang, LES tidak berfungsi dengan baik atau lemah. Ini membawa kepada kandungan dari perut kembali memancut ke esofagus. Asid perut boleh merengsakan esofagus dan menyebabkan gejala pedih ulu hati. Keadaan ini dikenali sebagai refluks asid.

Keadaan tertentu dan faktor lain mungkin menyebabkan anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pedih ulu hati seperti:

  • Hernia hiatal. Ini adalah apabila bahagian perut bergerak di atas diafragma ke arah kawasan dada. Jika diafragma terjejas, ia boleh meningkatkan kemungkinan LES anda tidak dapat melakukan tugasnya dengan betul.
  • Hamil. Pedih ulu hati adalah perkara biasa berlaku semasa mengandung, terutamanya semasa trimester ketiga.
  • Merokok. Merokok dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Perlu diingat kerana orang yang tidak merokok adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk tidak mengalami gejala pedih ulu hati.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti. Obesiti adalah faktor risiko utama yang menyumbang kepada GERD, dengan pedih ulu hati dan regurgitasi sebagai petanda awal.
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu. Sesetengah ubat, seperti aspirin, ibuprofen, sedatif, dan ubat tekanan darah, boleh meningkatkan risiko pedih ulu hati.

Jika anda mengalami pedih ulu hati, anda mungkin mendapati bahawa makanan dan minuman tertentu boleh mencetuskannya. Ini mungkin termasuk:

  • Minuman berkarbonat
  • Coklat
  • Buah-buahan sitrus
  • Tomato dan produk berasaskan tomato
  • Pudina
  • Makanan bergoreng
  • Makanan tinggi lemak
  • Makanan pedas
  • Alkohol

Pencetus lain yang boleh menyumbang kepada pedih ulu hati termasuk:

  • Makan makanan dalam kuantiti yang banyak
  • Berbaring serta merta selepas makan
  • Memakai pakaian yang ketat

Bila Perlu Jumpa Doktor Jika Terkena Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati dialami oleh ramai orang. Namun, anda harus menghubungi doktor jika mengalami pedih ulu hati lebih daripada dua kali seminggu atau jika anda mengalami pedih ulu hati yang tidak beransur baik dengan rawatan.

Pedih ulu hati sering berlaku bersama-sama penyakit gastrousus yang lain, seperti ulser, yang merupakan luka pada lapisan esofagus dan perut, atau GERD. Hubungi doktor anda jika anda mengalami pedih ulu hati dan mengalami:

  • Kesukaran menelan
  • Sakit semasa menelan
  • Najis gelap atau berdarah
  • Sesak nafas
  • Ngilu dari belakang ke bahu
  • Pening kepala
  • Berpeluh ketika mengalami sakit dada

Pedih ulu hati tidak dikaitkan dengan serangan jantung. Walau bagaimanapun, orang yang mengalami pedih ulu hati mungkin percaya mereka mengalami serangan jantung kerana simptomnya mungkin sangat serupa. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), gejala serangan jantung termasuk:

  • Sakit atau ketidakselesaan dada yang teruk
  • Kesukaran bernafas
  • Berasa lemah, pening, atau pengsan
  • Sakit rahang
  • Sakit lengan

Bagaimana Untuk Menghilangkan Pedih Ulu Hati

Jika anda mengalami pedih ulu hati sekali-sekala, perubahan gaya hidup dan pengambilan ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan gejala anda.

Perubahan gaya hidup, seperti mengekalkan berat badan yang sederhana, boleh membantu mengurangkan gejala anda. Cadangan lain termasuk:

  • Mengelakkan makanan pencetus pedih ulu hati seperti dinyatakan sebelum ini
  • Memakai pakaian yang longgar
  • Mengelakkan berbaring sejurus selepas makan
  • Berhenti merokok

Pilihan Rawatan Untuk Pedih Ulu Hati

Ubat over the counter (OTC) selalunya boleh digunakan untuk merawat pedih ulu hati. Food and Drug Administration (FDA) telah mengenal pasti tiga kelas ubat OTC untuk merawat pedih ulu hati ringan seperti:

Antasid. Antasid membantu meneutralkan asid perut. Ia boleh memberikan kelegaan cepat gejala pedih ulu hati. Antasid yang biasa digunakan adalah:

  • Mylanta
  • Rolaids
  • Tums
  • Alka-Seltzer
  • Gaviscon

Histamine-2 (H2) Blocker. Penyekat H2 mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh perut anda. Contoh penyekat H2:

  • Cimetidine (Tagamet HB)
  • Famotidine (Pepcid Complete atau Pepcid AC)
  • Nizatidine (Axid AR)

Proton pump inhibitors (PPIs). PPI mengurangkan jumlah asid dalam perut anda. Mereka juga boleh membantu menyembuhkan tisu yang rosak di esofagus anda. PPI termasuk:

  • Lansoprazole (Prevacid 24 HR)
  • Esomeprazole (Nexium 24 HR)
  • Omeprazole magnesium (Prilosec)
  • Omeprazole dan natrium bikarbonat (Zegerid)

Walaupun ubat-ubatan ini boleh membantu, ia mungkin menghasilkan kesan sampingan. Antasid boleh menyebabkan sembelit atau cirit-birit. PPI boleh menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, atau sakit perut. Berbincanglah dengan doktor anda tentang sebarang ubat yang mahu diambil untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk mengalami kesan advers ubat.

Jika ubat OTC tidak melegakan simptom anda, doktor boleh menetapkan dos ubat yang lebih kuat.

Bagaimanakah Antasid Berfungsi Untuk Merawat Pedih Ulu Hati?

Antasid membantu meneutralkan asid yang dihasilkan oleh perut anda. Mereka memberikan kelegaan cepat dan jangka pendek bagi gejala pedih ulu hati. Antasid berfungsi secara berbeza daripada penyekat H2 dan PPI yang mengurangkan atau menyekat asid perut.

Anda harus mengambil antasid sejurus selepas makan atau apabila anda mengalami simptom. Namun ia tidak digalakkan untuk diambil setiap hari.

Antasid datang dalam bentuk cecair, tablet atau dalam bentuk gummy. Kebanyakannya mengandungi satu atau lebih bahan berikut:

  • Kalsium
  • Aluminium
  • Magnesium

Antasid biasanya dianggap selamat, tetapi ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, seperti cirit-birit atau sembelit.

Pastikan anda mengikut arahan pada label dan elakkan menggunakan antasid secara berlebihan. Bercakap dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang soalan tentang menggunakan antasid atau jika anda mengalami sebarang komplikasi selepas mengambilnya.

Bagaimanakah Pedih Ulu Hati Didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidap pedih ulu hati, mereka akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang sebarang gejala yang anda sedang alami. Doktor mungkin akan mengesyorkan anda kepada ahli gastroenterologi, atau mungkin menjalankan ujian tertentu sendiri, termasuk:

  • Ambulatory 24-hour pH probe. Satu tiub kecil dihantar melalui hidung ke dalam esofagus. Penderia pH di hujung tiub mengukur berapa banyak pendedahan asid yang diterima oleh esofagus, dan menghantar data ke komputer mudah alih. Seseorang individu akan memakai tiub ini selama kira-kira 24 jam.
  • Esophogram. Selepas meminum larutan barium, pengimejan sinar-X digunakan untuk memeriksa saluran penghadaman anda terutamanya di bahagian atas.
  • Endoskopi. Tiub fleksibel dengan kamera kecil dimasukkan ke dalam esofagus anda untuk memeriksanya dan mengumpul sampel tisu (biopsi) jika perlu.
  • Manometri esofagus. Tiub fleksibel disalurkan melalui hidung ke dalam esofagus anda untuk mengukur kekuatan otot esofagus anda.
  • Pemantauan pH esofagus. Monitor dimasukkan ke dalam esofagus anda untuk mengetahui cara asid dikawal dalam badan anda dalam tempoh beberapa hari.

Apakah Komplikasi Yang Berkait Rapat Dengan Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati yang berlaku sekali-sekala biasanya tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati yang kerap mungkin merupakan simptom GERD. Keadaan ini mungkin memerlukan rawatan dengan ubat preskripsi atau pembedahan.

Jika tidak dirawat, GERD boleh membawa kepada masalah kesihatan tambahan, seperti keradangan esofagus, yang dipanggil esophagitis, atau esofagus Barrett. Esofagus Barrett menyebabkan perubahan pada lapisan esofagus yang boleh meningkatkan risiko kanser esofagus.

Pedih ulu hati jangka panjang juga boleh menjejaskan kualiti hidup anda. Jumpa doktor untuk menentukan rawatan jika anda merasa sukar untuk meneruskan kehidupan seharian atau sangat terhad untuk melakukan sebarang aktiviti akibat pedih ulu hati.

Bagaimanakah Saya Boleh Mengelakkan Pedih Ulu Hati?

Terdapat banyak langkah yang boleh anda ambil untuk membantu mencegah pedih ulu hati:

  • Elakkan makanan atau minuman yang boleh mencetuskan gejalanya, seperti makanan berasid, makanan tinggi lemak, makanan pedas, coklat, alkohol, pudina dan minuman berkarbonat.
  • Tunggu sekurang-kurangnya 3 jam selepas makan sebelum berbaring.
  • Tinggikan bantal anda. Ini boleh membantu menghalang asid perut daripada naik semula ke esofagus.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat, yang boleh memberi tekanan pada perut dan lower esophageal sphincter (LES).
  • Kunyah gula-gula getah tanpa gula selepas makan. Kajian mendapati mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan pengeluaran air liur, membantu meneutralkan asid perut dan menolak asid kembali ke dalam perut.
  • Jika anda merokok, berbincang dengan doktor anda tentang cara untuk berhenti.
  • Kekalkan berat badan yang sederhana.

 

Ada Cara Semula Jadi Untuk Melegakan Pedih Ulu Hati?

Anda boleh ikhtiar mengamalkan minum susu kambing yang secara semula jadi bersifat alkali untuk mengurangkan gejala refluks asid. Berdasarkan rekod kami, ramai pelanggan telah berjaya mengatasi masalah pedih ulu hati yang dialami mereka setelah mengamalkan minum susu kambing Wildan secara konsisten.

 

Sumber rujukan:

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping