[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Assalamualaikum pembaca semua.
Betul tak kalau Kak Jee cakap semua ibu mengandung tak suka kalau doktor suruh minum air gula. Rasa macam nightmare je bila kena telan satu gelas air gula yang likat sangat tu. Kadang-kadang tu sampai rasa nak termuntah balik semua air yang ditelan tu. Ada juga yang sampai serik dah untuk minum air gula.
Walaubagaimanapun, sebenarnya ibu hamil tidak boleh mengelak daripada minum air gula. Bukan suka-suka doktor menyuruh ibu minum air gula semasa mengandung. Sebenarnya, ujian air gula semasa mengandung ini sangat penting untuk mengesan penyakit kencing manis ketika mengandung atau Gestational Diabetes. Mungkin ramai ibu hamil tertanya-tanya, apa tips dan petua elak muntah ketika minum air gula semasa mengandung.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Tips elak muntah ketika minum air gula semasa mengandung
- Kosongkan perut pada malam sebelum minum air gula
- Elakkan daripada minum air gula sedikit demi sedikit. Tarik nafas kemudian minum sekali teguk
- Cuba tahan nafas agar tidak bau larutan air gula tersebut
- Minum air gula ketika masih suam
- Kumur mulut selepas selesai minum air gula untuk elakkan rasa loya
- Alihkan fokus kepada perkara lain, jangan terlalu memikirkan rasa air gula
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Jadi perlu pastikan air gula habis diminum, jangan ‘mengelat’ ketika minum, ini untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu disahkan menghidap kencing manis ketika mengandung, pemantauan awal boleh dilakukan dan seterusnya boleh mengelakkan daripada berlakunya komplikasi kencing manis ketika mengandung. Antara komplikasi kencing manis ketika mengandung ialah bayi dalam kandungan akan menjadi terlalu besar dan menyebabkan komplikasi ketika proses kelahiran. Ini akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Oleh yang demikian, pentingnnya menjaga pemakanan ketika mengandung bagi mengelakkan daripada kencing manis ketika mengandung.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Nak atasi kencing manis ketika mengandung, senang sahaja iaitu dengan:
- Amalkan pemakanan seimbang
Banyakkan sayuran dan buahan
- Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak
Elakkan daripada makanan seperti minuman berkarbonat, makanan ringan, fast food, donut berkrim.
- Amalkan gaya hidup aktif
Lakukan senaman ringan yang bersesuaian untuk wanita hamil.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Kak Jee ada WILDAN MAMA PREMIUM, susu untuk ibu hamil tanpa GULA TAMBAHAN. Terkandung susu kambing organik, ia sebagai ENERGY BOOSTER untuk tenaga tambahan ibu sedang hamil. WILDAN MAMA PREMIUM juga mengandungi bahan-bahan yang tinggi kandungan serat iaitu kurma, habbatussauda dan gam arab. Makanan tinggi serat sangat bagus untuk mengawal gula ketika mengandung, di samping membantu mengelakkan masalah sembelit yang biasa dihadapi ibu mengandung.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]