[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Ibu-ibu hamil sekalian, Kak Jee nak tanya. Pernah tak ibu tiba-tiba rasa sakit daripada bahagian betis sehingga tapak kaki ketika sedang enak tidur. Dan biasanya kesakitan itu akan lagi teruk ketika cuaca sejuk. Ibu-ibu juga akan ambil masa dalam beberapa minit, sebelum pulih seperti biasa semula. Situasi ini biasanya dipanggil ‘simpul biawak’. Tetapi sebenarnya simpulan biawak ketika mengandung adalah merupakan kekejangan yang biasa berlaku pada wanita hamil.
Kenapa simpul biawak ini selalu menyerang ibu hamil? Antara puncanya:
- Ibu kurang nutrient yang cukup
- Kekurangan cecair dalam tubuh
- Rahim yang sedang membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar yang ada pada kaki.
- Terlalu lama duduk atau berdiri
Tapi Kak Jee nak ingatkan, walaupun situasi ini normal, namun ibu harus berjaga-jaga akan bahaya simpulan biawak ketika mengandung ini. Jika keadaan semakin teruk, darah beku boleh terjadi dan darah beku tersebut boleh pergi ke paru-paru melalui saluran darah. Seterusnya akan terjadinya salur darah paru-paru tersumbat (Pulmonary Embolism). Sebab itulah ibu hamil tidak digalakkan memandu dalam keadaan trafik yang sesak kerana kaki tidak bergerak dalam jangka masa yang lama.
Atasi simpulan biawak ketika mengandung dengan langkah-langkah mudah :
- Urutan ringan pada betis dan tapak kaki
Gunakan minyak panas untuk memudahkan urutan
- Rendamkan kaki pada air panas
Ini akan menjadikan otot kaki lebih relaks dan longgar.
3. Lakukan senaman regangan bagi memastikan pengaliran darah lancar
Elakkan daripada duduk statik dalam masa yang lama.
- Minum air kosong secukupnya
Pastikan minum 8 -12 gelas sehari
- Betulkan postur ketika duduk dan tidur
Elakkan tabiat melipat kaki ketika tidur, dan letakkan bantal di bawah kaki ketika tidur.
- Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi kalsium dan magnesium
Antaranya susu, yogurt, brokoli, keju, sayur berdaun hijau dan ikan sardin segar.
Selain itu, boleh cuba WILDAN MAMA PREMIUM yang menjadi pilihan utama ibu-ibu hamil. Ini kerana khasiat bahan-bahan yang terkandung dalam WILDAN MAMA PREMIUM sangat sesuai untuk keperluan badan ibu yang sedang hamil.
- Susu kambing organik
Menurut kajian, susu kambing mengandungi kandungan kalsium 13% lebih tinggi daripada susu-susu yang lain. Jadi ia sangat sesuai untuk memastikan tubuh badan ibu hamil mendapat kalsium yang secukupnya
- Kurma
Dengan kandungan mineral yang tinggi dalam kurma, masalah simpul biawak ketika mengandung boleh di atasi. Hormon Tryptophan dalam kurma juga boleh membantu ibu untuk tidur lebih lena.
- Habbatussauda
Habbatussauda juga didapati boleh mengatasi simpulan biawak ketika mengandung kerana ia bertindak sebagai anti radang dan anti-spasmodik iaitu melegakan ketegangan otot.
- Gam arab
Kaya dengan seribu satu khasiat, gam arab akan memberikan nutrisi yang banyak, sesuai dengan keperluan ibu yang meningkat ketika hamil.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
6 comments
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good. accounts.binance.com/uk-UA/register-person?ref=WTOZ531Y
I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? www.gate.io/pt/signup/XwNAU
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me? accounts.binance.com/pt-PT/register-person?ref=S5H7X3LP
Your article gave me a lot of inspiration, I hope you can explain your point of view in more detail, because I have some doubts, thank you.
Apoiar ferramentas de apostas e estar equipado com uma plataforma diversificada de transações financeiras, a 20Bet oferece suporte tangível aos jogadores. Este é um lugar onde eles podem apostar com dinheiro real, respaldados por concorrentes de diversas disciplinas esportivas. 20bet