[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Assalamualaikum dan moga pembaca sihat-sihat sahaja insyaAllah.
Kak Jee nak tanya ibu-ibu hamil yang dah memasuki minggu ke 32, macam mana dengan persiapan bersalin nanti? Mesti tak sabar dah kan? Tapi Kak Jee yakin, mesti semua ibu-ibu paling takut bila fikirkan rasa sakit bersalin.
Pertama sebab tak tahu rasa sakit macam mana, lagi satu takut kalau berlaku koyakan yang terlalu besar. Sebab koyakan yang besar akan ambil masa lebih lama untuk sembuh sepenuhnya.
Kak Jee yakin ada ibu-ibu sekalian yang pernah terbaca mengenai khasiat kurma yang boleh membantu memudahkan bersalin.
Mungkin ada ibu hamil yang risau untuk makan kurma ketika mengandung kerana takut gula dalam darah meningkat. Tetapi sebenarnya, ia tidak bermaksud ibu yang sedang mengandung perlu makan kurma sebanyak yang dimahukan, kerana kesederhanaan dalam setiap perkara itu penting. Jika terlalu banyak kurma, gula dalam darah berpotensi untuk meningkat.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Bagaimana kurma memudahkan bersalin?
- Kurma terkandung gula semula jadi (fruktosa) yang membantu membekalkan tenaga berterusan ketika proses kelahiran.
- Kurma mengandungi potassium yang membantu keseimbangan mineral dan air dalam badan, seterusnya mengelakkan tekanan darah tinggi ketika proses kelahiran sedang berjalan.
- Kurma memudahkan bersalin kerana tinggi dengan magnesium yang menyokong pembentukan otot, di mana ia mengelakkan daripada berlakunya kekejangan otot yang sering berlaku ketika melahirkan bayi.
- Kurma mempunyai kandungan serotonin, tannin dan kalsium yang menggalakkan pengecutan rahim ketika proses kelahiran.
- Kurma tinggi dengan sumber zat besi yang berfungsi dalam proses pembentukan sel darah merah, dan melindungi ibu daripada kehilangan darah terlalu banyak ketika bersalin.
- Asid-asid lemak dalam kurma memudahkan bersalin kerana ia penting untuk membina bahan prostaglandin yang diperlukan dalam proses pengecutan rahim.
- Banyak kajian membuktikan kurma memudahkan bersalin. Iaitu dengan makan 6 biji kurma sehari, 4 minggu sebelum kelahiran akan membantu melembutkan dinding servik dan mempercepat proses kelahiran.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Dan Kak Jee nak cadangkan, bagi mereka yang kurang gemar makan kurma begitu sahaja, boleh pelbagaikan cara menikmati buah kurma
- Kisarkan kurma bersama-sama susu.
- Makan kurma bersama oat atau bijirin sarapan yang lain.
- Potong kecil-kecil dan campurkan bersama salad.
- Jika ingin membuat biskut, boleh letakkan cebisan kurma ke dalam doh.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Cara paling mudah, Kak Jee sarankan ibu-ibu minum je susu WILDAN MAMA PREMIUM yang dirumus khas untuk ibu mengandung. Antara bahan utama WILDAN MAMA PREMIUM ialah kurma yang mempunyai seribu satu khasiat yang sama seperti kurma asli. WILDAN MAMA PREMIUM juga merupakan susu kambing organik. Susu kambing mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi daripada susu lembu. Selain itu, terdapat juga gam arab dan habbatussauda yang kaya dengan pelbagai khasiat dan nutrient, di mana ia membantu menyokong perkembangan bayi dalam kandungan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]