Anda ingin tahu apakah kebaikan susu kambing? Anda berada di tempat yang betul.
Tahukah anda bahawa susu kambing adalah antara jenis tenusu yang kerap diambil?
Ini kerana ia kaya dengan khasiat dan nutrien dan baik. Malah, susu kambing adalah lebih berkhasiat dari susu lembu.
Ikuti artikel ini untuk ketahui kebaikan susu kambing yang anda mungkin tidak tahu!
Kenapa Anda Patut Pertimbangkan Susu Kambing?
Sekiranya anda mempertimbangkan untuk minum susu kambing, anda perlulah ketahui manfaat yang ia berikan!
Susu kambing adalah lebih berkrim berbanding susu lembu atau susu tumbuhan. Ia juga dapat memberi manfaat kesihatan seperti lebih mudah dicerna, meningkatkan kesihatan jantung, dan mengurangkan risiko alahan susu.
Susu kambing juga kaya dengan sumber:
- Protein
- Kalsium
- Potassium
- Fosforus
- Magnesium
Susu kambing juga merupakan sumber vitamin A. Pengambilan vitamin A yang cukup dapat mengurangkan risiko penyakit kanser, katarak dan campak bagi kanak-kanak.
Selain itu, susu kambing juga mengandungi vitamin D.
Untuk pengetahuan anda, vitamin D ini penting untuk bina sistem imunisasi badan bagi melawan serangan penyakit terutama sekali waktu pandemik Covid-19 ini.
Pesakit COVID-19 yang mengambil vitamin D berpeluang untuk sembuh dengan lebih cepat atau mengelak daripada menghidap penyakit yang lebih teruk.
Vitamin D juga penting untuk tulang, gigi dan otot yang sihat.
Ia juga membantu mengatur gula darah, jantung dan saluran darah, serta paru-paru dan saluran udara.
Berlainan dengan susu tumbuhan dan susu lembu, susu kambing mempunyai lebih banyak protein bagi setiap hidangan.
Protein yang terkandung dalam susu kambing adalah lebih dicerna. Dalam kata lain, tubuh badan anda dapat memanfaatnya dengan lebih mudah.
6 Kebaikan Yang Anda Mesti Tahu
Jom kita lihat dengan kebaikan susu kambing dengan lebih terperinci.
- Membina tulang lebih kuat
Susu kambing adalah kaya dengan kalsium yang dapat memastikan kandungan deposit kalsium dalam tulang kekal mencukupi.
Kalsium adalah penting bagi membina tulang dan gigi, menyokong fungsi otot dan pembekuan darah yang normal, serta membantu tubuh menghasilkan tenaga.
Ia juga dapat mencegah penyakit tulang, atau lebih dikenali sebagai osteoporosis.
- Mengandungi kolestrol lebih rendah
Kandungan kolesterol dalam susu kambing adalah lebih rendah berbanding susu lembu.
Ini menjadikan ia alternatif yang baik bagi mereka yang perlu mengawal pengambilan lemak dan tahap kolesterol dalam badan.
Pengambilan susu kambing secara harian dapat menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung anda secara keseluruhan.
- Meningkatkan imun badan
Susu kambing mengandungi jumlah selenium yang lebih banyak berbanding susu lembu.
Mineral ini adalah komponen yang sangat penting bagi mengekalkan fungsi sistem imun badan.
Pengambilan selenium yang mencukupi dalam melindungi badan anda dari pelbagai jenis penyakit.
- Melindungi jantung
Asid lemak bermanfaat yang terkandung dalam susu kambing adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding susu lembu.
Ini dapat memberi keseimbangan kolesterol dalam badan anda. Akibatnya, penyakit seperti stroke, serangan jantung, dan komplikasi salur darah dapat dicegah.
Di samping itu, tahap kalium yang tinggi dalam susu kambing juga membantu mengurangkan tekanan darah.
- Meningkatkan metabolisme badan
Kandungan nutrisi dalam susu kambing adalah jauh lebih padat daripada susu lembu.
Satu cawan susu kambing menyediakan hampir 40% keperluan kalsium harian, 20% pengambilan vitamin B, serta sejumlah besar kalium dan fosforus.
Kajian juga menunjukkan bahawa susu kambing dapat membantu meningkatkan pengambilan zat besi dan tembaga di saluran pencernaan anda.
Ini adalah sangat penting bagi mereka yang mengalami masalah anemia.
- Mengurangkan berat badan
Walaupun susu kambing mempunyai kadar asid lemak yang lebih banyak berbanding susu lembu, ia mengandungi lemak yang ‘jahat’ lebih kurang.
Ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan tanpa menjejaskan kesihatan anda.
Dapatkan Susu Kambing Wildan!
Adakah anda tertanya-tanya susu kambing yang terbaik untuk anda?
Sudah tentunya susu kambing Wildan!
Susu kambing ini adalah produk susu kambing yang menggunakan susu kambing semata-mata dan tidak dicampurkan dengan susu lembu seperti sesetengah jenama.
Susu kambing Wildan ini sesuai untuk seisi keluarga anda dan ianya menggunakan susu yang telah di import dari Holland dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Didapati dalam 3 perisa menarik iaitu strawberi, coklat dan vanila, susu kambing ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 10 tahun. susu kambing untuk kanak-kanak berusia dua hingga 10
Tambahan lagi, susu kambing Wildan ini sangat sesuai dan bagus untuk ibu mengandung dan juga bayi.
Ini kerana khasiatnya dapat meningkatkan sistem penghadaman, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, dan mengelakkan masalah sembelit.
Selain itu, susu kambing Wildan juga dapat menambah susu badan, membekalkan tenaga dan mencantikkan kulit.
Jika anda mahu mencuba minum susu kambing, Wildan sememangnya merupakan pilihan yang terbaik!
Susu kambing Wildan adalah susu kambing jenama tempatan keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd.
Seperti yang dikatakan diatas, susu kambing keluaran Wildan ini mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan anda.
Tambahan lagi, harga pasaran susu kambing Wildan juga sangat berpatutan iaitu 500g berharga RM45 di Semenanjung Malaysia dan RM50 di Sabah dan Sarawak.
Manakala, harga bagi pek 1kg berharga RM85 di Semenanjung dan RM95 di Malaysia Timur.
Bukan itu sahaja, selain dari meminum susu kambing Wildan ini, anda juga boleh membuat duit sampingan bersama susu kambing Wildan.
Wildan Niaga Sdn Bhd menawarkan beberapa pakej ejen, borong dan dropship yang sangat berpatutan dan menarik.
Mengapa memilih untuk membuat duit sampingan bersama Wildan susu kambing?
- Jenama susu kambing yang paling laris dan sedap di pasaran Malaysia
- Pulangan modal yang tinggi
- Pengeluaran modal yang rendah
- Sangat mudah dijual dan mempunyai jangka hayat produk yang lama
- Iklan yang berterusan di media massa dan media cetak.
- Mem punyai slot-slot rancangan berbayar menerusi radio IKIM.fm, TV-AlHijrah, TV3 dan TV9.
- Insentif bulanan yang menarik