10 Khasiat Susu Kambing Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Tahukah anda, susu kambing mempunyai khasiat yang sangat tinggi? 

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 10 khasiat susu kambing yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. 

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

10 Khasiat Susu Kambing

khasiat susu kambing
  1. Baik untuk sistem kardiovaskular

Untuk pengetahuan anda, dalam susu kambing mengandungi magnesium yang merupakan mineral yang sangat bagus untuk membantu jantung anda berfungsi dengan lancar.

Selain itu, susu kambing juga kaya dengan ‘medium-chain fatty acids’ yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dengan lebih baik berbanding susu jenis lain.

  1. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah Intoleransi Laktosa

Anda mesti pernah dengar masalah Intoleransi Laktosa (lactose intolerant).

Mereka yang menghadapi masalah intoleransi laktosa tidak boleh menghadam produk tenusu.

Namun begitu, mereka boleh mengambil susu kambing kerana ia mempunyai kadar laktosa yang rendah berbanding susu yang lain. 

  1. Menguatkan tulang
khasiat susu kambing

Susu kambing juga sangat kaya dengan kalsium yang merupakan mineral yang penting bagi memastikan kesihatan tulang dan tubuh badan.

Selain daripada kalsium, ia juga mengandungi kadar vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium di dalam tubuh badan untuk menguatkan tulang anda.

Ia juga boleh menghalang masalah penyakit tulang seperti ‘bone demineralization’ yang boleh menyebabkan tulang anda menjadi lembut.

  1. Meningkatkan kesihatan rambut

Pada masa sekarang, terdapat banyak produk rambut seperti syampu dan perapi yang menggunakan susu kambing sebagai bahan utama mereka.

Ini kerana susu kambing bersifat alkali yang dapat mengimbangkan nilai pH rambut. Ini sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan rambut anda.

  1. Mencegah keradangan

Untuk pengetahuan anda, susu kambing mempunyai ‘oligosaccharides’ yang merupakan sejenis karbohidrat yang bagus untuk mengurangkan masalah keradangan.

Ia boleh membantu menghalang masalah keradangan seperti radang usus yang boleh mengganggu sistem penghadaman anda.

Susu kambing juga boleh dijadikan suplemen kerana ia boleh merangsang ‘innate dan adaptive immune response’ yang boleh mengurangkan masalah keradangan.

  1. Memastikan kulit sihat

Kelebihan seterusnya yang anda boleh perolehi dari susu kambing adalah ia boleh meningkatkan kesihatan kulit anda.

Ini kerana susu kambing mempunyai nutrien yang baik untuk kulit seperti vitamin A, ‘triglycerides’ dan ‘fatty acids’ yang boleh mencerahkan dan melembapkan kulit.

Selain daripada menggunakan produk kulit yang mengandungi susu kambing, anda juga boleh menggunakan susu kambing terus dari botol sebagai pencuci muka anda setiap pagi.

  1. Agen metabolik yang baik

Susu kambing juga merupakan agen metabolik yang baik kerana ia mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium dan zat besi yang bagus untuk mempercepatkan metabolism anda.

Selain itu, ia juga mengandungi ‘A2 beta-casein’ yang sangat bagus untuk kanak-kanak kecil yang baru sahaja habis tempoh penyusuan.

Susu kambing juga dapat mengurangkan berat tubuh badan kerana ia mengandungi jumlah protein dan kalsium yang tinggi berbanding susu jenis lain.

  1. Senang dihadam
khasiat susu kambing

Khasiat susu kambing seterusnya adalah ia mudah untuk dihadam kerana ia mengandungi ‘fat globules’ kecil yang boleh mengurangkan iritasi di dalam perut.

Apabila ia sampai ke perut, ia akan membentuk ‘curd’ yang lembut yang akan membantu proses penghadaman dan pencernaan.

Secara tidak langsung, sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan anda akan bertambah baik dan anda juga akan rasa lebih sihat.

  1. Mencegah penyakit

Susu kambing juga dapat membantu anda mencegah beberapa penyakit seperti osteoporosis yang merupakan penyakit tulang dan anemia yang merupakan penyakit darah. 

Bagi mereka yang menghadapi penyakit osteoporosis, susu kambing sesuai untuk diminum kerana ia mempunyai agen anti-osteoporosis iaitu protein CSN1S2.

Untuk penyakit anemia pula, susu kambing merupakan sumber baik bagi mineral zat besi yang sangat bagus untuk meningkatkan jumlah hemoglobin dalam sistem badan anda. 

  1. Bagus untuk perkembangan otak

Khasiat susu kambing yang terakhir adalah ia dapat membantu dalam proses perkembangan dan kesihatan otak.

Hal ini kerana susu kambing mengandungi ‘conjugated linoleic acid’ yang boleh melancarkan salur darah ke otak serta mengurangkan hormon stres iaitu cortisol.

Susu kambing juga boleh mengurangkan kegelisahan bagi mereka yang sering mengalami masalah ini kerana susu kambing mengandungi lipid dengan banyak.

Kesimpulannya, terdapat banyak khasiat susu kambing yang sangat bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan anda secara menyeluruh.

Jika anda mencari susu kambing yang berkualiti dan enak, kami cadangkan anda memilih susu kambing Wildan!

Susu kambing Wildan adalah susu kambing jenama tempatan keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd. 

khasiat susu kambing

Susu kambing keluaran Wildan ini mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan anda.

Tambahan lagi, harga pasaran susu kambing Wildan juga sangat berpatutan iaitu 500g berharga RM45 di Semenanjung Malaysia dan RM50 di Sabah dan Sarawak.

Manakala, harga bagi pek 1kg berharga RM85 di Semenanjung dan RM95 di Malaysia Timur. 

Bukan itu sahaja, selain dari meminum susu kambing Wildan ini, anda juga boleh membuat duit sampingan bersama susu kambing Wildan.

Wildan Niaga Sdn Bhd menawarkan beberapa pakej ejen, borong dan dropship yang sangat berpatutan dan menarik.

Mengapa memilih untuk membuat duit sampingan bersama Wildan susu kambing?

  • Jenama susu kambing yang paling laris dan sedap di pasaran Malaysia
  • Pulangan modal yang tinggi
  • Pengeluaran modal yang rendah
  • Sangat mudah dijual dan mempunyai jangka hayat produk yang lama
  • Iklan yang berterusan di media massa dan media cetak.
  • Mem punyai slot-slot rancangan berbayar menerusi radio IKIM.fm, TV-AlHijrah, TV3 dan TV9.
  • Insentif bulanan yang menarik

Tunggu apa lagi, jana pendapatan sampingan bersama Wildan sekarang!

Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut!

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping