Susu Tepung: Khasiat Dalam Masakan Dan Kenapa Pilih Wildan?

Selain daripada diminum, banyak juga khasiat yang anda boleh dapati dengan menggunakan susu tepung di dalam masakan.

Kali ini, kami akan kongsikan khasiatnya di dalam masakan dan sebab-sebab utama anda perlu memilih susu tepung jenama Wildan. 

6 Khasiat Penggunaan Susu Tepung dalam Masakan 

susu tepung

Bila cakap tentang penggunaan susu dalam masakan, ramai yang akan terfikir tentang susu segar atau susu cair. 

Tidak dinafikan penggunaan susu segar dan susu cair mampu menghasilkan rasa masakan yang lebih lazat.

Namun begitu, masih ramai lagi yang kurang mengetahui kebaikan menggunakan susu tepung dalam masakan. 

Berikut merupakan 6 sebab anda perlu menggunakannya ketika memasak:

  • Pengganti Gula

susu tepung

Tahukah anda bahawa penggunaan susu tepung penuh berkrim (full cream) boleh dijadikan sebagai pengganti pemanis dan gula dalam masakan? 

Penggunaannya bukan sahaja menghasilkan masakan yang lebih berlemak dan enak, malah ia juga turut membekal khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. 

Lebih-lebih lagi jika anda suka baking manisan seperti kek, muffin, kuih-muih dan juga lempeng. 

Rasa lemak secara semulajadi  dapat membuatkan individu berasa lebih kenyang.

Sudah tentu anda inginkan masakan yang terbaik buat anak-anak, kan? Jadi, elak menggunakan gula ketika memasak mulai dari hari ini!

  • Pelengkap Diet Yang Seimbang 

Susu tepung mengandungi protein berkualiti tinggi, karbohidrat, mikro-nutrien seperti kalsium, magnesium dan pelbagai vitamin yang penting dalam diet seimbang.

Untuk itu, ia dihasilkan melalui proses spray drying. 

Proses pengeringan ini bertujuan untuk mengekalkan nutrient yang sihat dan semulajadi sebelum dijadikan sebagai susu tepung. 

Oleh itu, dengan menggunakan susu tepung dalam masakan anda, anda dapat masakan yang padat dengan nutrien bermanfaat. 

  • Pengganti Santan

susu tepung

Rakyat Malaysia dengan sajian bersantan seperti masak lemak cili api dan rendang sudah menjadi kebiasaan. 

Tetapi, untuk kali ini, apa kata anda menukar penggunaan santan kepada susu tepung? 

Penggunaanbya dalam masakan adalah lebih jimat kerana anda boleh membuat sukatan dan membancuh sendiri di rumah. 

  • Kaya dengan Vitamin

Susu tepung mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin D yang amat baik untuk kesihatan tulang tubuh badan dan juga gigi.

Salah satu kebaikan vitamin D adalah untuk meningkatkan penyerapan kalsium di dalam usus yang mana dapat membentuk tulang yang kuat dan sihat kepada anggota badan. 

Jadi, buat mereka yang tidak gemar akan meminum susu, anda boleh cuba gantikan bahan masakan seperti santan dan gula dengan susu tepung. 

Ia secara tidak langsung dapat membekalkan nutrien yang bermanfaat kepada tulang dan kesihatan tubuh badan.  

  • Jangka Hayat Lebih Panjang

susu tepung

Susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih panjang kerana cara pemprosesannya yang maju dan tidak ditambah sebarang bahan pengawet.

Buat pengetahuan anda, susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada santan dan juga susu segar. 

Hal ini kerana proses penghasilannya iaitu drying spray yang tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. 

Ini dapat menjamin kualitinya untuk tahan lebih lama. 

Manakala untuk santan dan susu segar pula, kedua-dua bahan tersebut tidak mampu untuk bertahan lama. 

Salah satu punca utamanya adalah campuran bahan pengawet dan kandungan cecair yang perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk melambatkan proses pembiakan bakteria. 

  • Kaya dengan Mineral

Susu tepung mengandungi mineral yang diperlukan oleh badan seperti potassium, magnesium dan kalsium.

Potassium dan magnesium dapat membantu pengaliran darah dengan betul. 

Oleh itu, anda boleh mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi dan mengekalkan tekanan darah yang sihat.

Mengapa Pilih Susu Tepung Wildan?

Pada bahagian ini, kami akan menerangkan beberapa info penting yang anda perlu tahu mengenai susu tepung Wildan. 

Ia boleh diamalkan oleh pelbagai umur lapisan masyarakat. Hal ini kerana susu tepung Wildan ini membekalkan nutrisi yang amat penting untuk ibu mengandung, pelajar sekolah dan juga anak-anak kecil. 

  • Kaya dengan vitamin D dan Kalsium

Susu tepung Wildan merupakan sumber vitamin D dan kalsium yang amat baik untuk kesihatan tulang. 

Tahukah anda, nutrisi kalsium ini amat penting untuk memastikan tulang tubuh badan anda sentiasa dalam keadaan yang baik. 

Ia memastikan pertumbuhan tulang secara sihat dan membantu untuk mengelak daripada terkenanya penyakit tulang. 

Kalsium pula adalah untuk memastikan kesihatan gigi anda berada dalam keadaan yang baik.  

Kesihatan gigi bukanlah suatu perkara yang enteng. Hal ini kerana ia dapat mencegah daripada beberapa masalah seperti kerosakan gigi dan penyakit gusi.  

  • Membantu untuk mencegah anemia 

Anemia merujuk kepada keadaan seseorang individu yang mengalami kehilangan darah yang banyak, kemusnahan sel darah merah dan juga pembentukan sel darah merah yang sedikit.

Salah satu faktor terjadinya anemia ini adalah berpunca daripada kekurangan zat besi. 

Berikut merupakan faktor-faktor terjadinya anemia: 

  1. Kehilangan darah akibat kemalangan dan kedatangan haid secara berlebihan. 
  2. Kekurangan hormon tiroid di dalam badan
  3. Kerosakan pada sum-sum tulang 
  4. Gangguan pada pembentukan sel darah merah seperti penyakit Talasemia 

Anemia ini dapat dicegah dengan pengambilan zat besi yang mencukupi. Oleh itu, anda boleh mengamalkan WIldan dalam pemakanan seharian. 

Hal ini kerana susu kambing dapat meningkatkan penyerapan kandungan zat besi serta membentuk hemoglobin di dalam badan. 

  1. Kandungan laktosa yang rendah 

Susu tepung Wildan mengandungi kandungan laktosa yang rendah. Ini bermakna ia amat bersesuaian untuk mereka yang mengalami lactose intolerance.

Salah satu sebabnya adalah susu kambing mengandungi gumpalan lemak yang lebih kecil berbanding susu lembu. 

Kesimpulannya, penggunaan susu tepung bukan sahaja boleh diamalkan begitu sahaja. Malah, ia juga boleh digunakan di dalam masakan. 

Tahukah anda bahawa susu tepung Wildan boleh diamalkan oleh pelbagai lapisan umur masyarakat? 

Antara orang-orang yang boleh mengamalkannya ialah ibu mengandung, para pelajar, dan juga bayi. 

Teruskan membaca untuk mengetahui produk-produk Wildan yang bersesuaian.

  • Untuk Ibu Hamil 

susu tepung

Ibu yang hamil memerlukan khasiat dan tenaga yang banyak bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk kandungannya. 

Wildan boleh menjadi sumber kalsium dan mineral untuk tubuh dan kandungan, beri tenaga dan segarkan badan serta bantu mudahkan proses bersalin nanti.

Bukan itu sahaja, ia juga bantu mencegah bayi daripada terkena demam kuning yang teruk dan membantu ibu hamil membersihkan organ dalaman dan peranakan semasa bersalin. 

Susu yang terbaik untuk ibu hamil adalah Wildan Goat Milk For Pregnant Lady – Mama Premium.

  • Untuk Ibu yang Menyusu

Ramai mengetahui susu badan ibu adalah susu terbaik untuk bayi tetapi ibu pun perlukan sumber kalsium dan mineralnya. 

Wildan boleh membantu perbanyakkan penghasilan susu badan dan memekatkan susu badan, dengan izin Allah.

Dapatkan combo susu tepung original dan perisa coklat untuk ibu dengan Wildan Easy Mummy Set.

Bagi ibu-ibu yang ingin memberikan susu tepung Wildan untuk bayi, cubalah Wildan Organic Goat Milk Powder – Gold Junior Sample. 

  • Untuk Anak Berusia 1 Tahun ke Atas

susu tepung

Dengan kandungan kalsium yang tinggi,  Wildan membantu menguatkan tulang, gigi dan imunisasi badan anak-anak. 

Selain daripada membantu perkembangan minda, daya ingatan dan sistem pencernaan anak anda, susu tepung ini juga sesuai bagi anak-anak yang alergik dengan susu lembu atau soya.

Jika anak anda susah nak minum susu, cubalah tiga perisa Wildan iaitu Wildan Adek Vanilla, Wildan Adek Strawberi dan Wildan Adek Chocolate. 

  • Untuk Pelajar

Wildan juga sesuai untuk pelajar kerana ia mencerdaskan otak, menguatkan ingatan dan menambah daya tumpuan ketika belajar.

Yang paling penting,  ini boleh menjadi sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh pelajar yang penuh dengan aktiviti harian.

  • Untuk Orang Dewasa

Orang dewasa juga memerlukan sumber tenaga yang dibekalkan oleh Wildan.

Selain itu, Wildan membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut, kuatkan tulang, cepatkan penyembuhan luka dan penyakit serta cegah penyakit lupa dan nyanyuk. 

Susu tepung terbaik untuk pelajar dan orang dewasa adalah Wildan Organic Milk Powder yang boleh didapati dalam perisa original dan coklat. 

Kesimpulannya, susu tepung boleh dijadikan sebagai pengganti kepada santan, susu segar dan juga susu cair. Ia secara tidak langsung dapat membekalkan nutrien yang penting untuk kesihatan tubuh badan. 

Bagi mereka yang alergik dengan susu tepung yang diperbuat daripada susu lembu, pilihlah susu kambing sebagai alternatif.

Susu kambing keluaran Wildan adalah yang terbaik di pasaran bukan sahaja dari segi khasiatnya tetapi juga dari segi harga pasarannya (bermula dengan harga RM45 untuk pek 500g).

Tunggu apa lagi?

Dapatkan Susu Kambing Wildan sekarang

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping