7 Petua Semula Jadi Untuk Mengatasi Masalah Sembelit

Nota editor: Meredakan sembelit dengan mengamalkan susu kambing mudah, terutama buat mereka yang bukan penggemar sayur atau buah atau tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan berserat tinggi itu sendiri. Susu kambing kaya prebiotik dan probiotik yang boleh meningkatkan kesihatan usus. Kami mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan kami perut makin lawas untuk membuang air besar setiap hari. Kami sertakan bersama komentar pengguna tetap susu Wildan di bawah.

Sembelit adalah masalah biasa yang sering berlaku. Di Amerika Syarikat sahaja, sembelit menjejaskan sekitar 20% orang, mengakibatkan 8 juta lawatan doktor saban tahun.

Ramai orang mungkin mengalami sembelit disebabkan oleh makanan yang mereka makan, pilihan gaya hidup, ubat-ubatan yang mereka ambil, atau masalah perubatan yang mereka hadapi. Bagi kebanyakan orang, mereka tidak mengetahui punca kepada masalah sembelit mereka.

Sembelit diperincikan lagi dengan gejala seperti berikut:

  • Membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu
  • Najis keras, kering atau berketul
  • Kesukaran atau kesakitan apabila membuang najis
  • Rasa tidak semua najis keluar sepenuhnya, atau tidak lawas

Sembelit boleh memberi kesan negatif yang serius terhadap kualiti hidup, serta kesihatan fizikal dan mental.

Terdapat banyak cara semula jadi untuk bantu melegakan sembelit. Anda mungkin boleh menyelesaikan sendiri masalah sembelit anda tanpa bantuan doktor. Ia mungkin nampak macam common sense sahaja, tetapi pemakanan anda mempunyai kesan yang sangat besar terhadap cara anda menyahtinja.

1) Makan Makanan Probiotik Atau Ambil Suplemen Probiotik

Probiotik boleh membantu mencegah sembelit yang kronik. Probiotik ialah bakteria baik yang hidup secara semula jadi di dalam usus. Bakteria baik ini dikenali sebaga Bifidobacteria dan Lactobacillus.

Sesetengah orang yang mengalami sembelit kronik mempunyai ketidakseimbangan bakteria dalam usus mereka. Mengambil lebih banyak makanan yang kaya probiotik boleh membantu menyeimbangkannya semula dan mengelakkan sembelit.

Kajian pada 2019 ini mendapati bahawa mengambil probiotik selama 2 minggu boleh membantu merawat sembelit, meningkatkan kekerapan membuang air besar dan konsistensi najis yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.

Probiotik juga boleh membantu merawat sembelit dengan menghasilkan asid lemak rantai pendek (short-chain fatty acids). Ini boleh meningkatkan pergerakan najis dalam usus, menjadikan proses membuang najis lebih mudah.

Anda boleh cuba ambil suplemen probiotik yang boleh didapati di atas talian, atau makan lebih banyak makanan kaya probiotik untuk mengetahui sama ada ini boleh bantu masalah sembelit anda. Makanan kaya probiotik termasuklah:

  • Yogurt atau minuman yogurt
  • Sauerkraut
  • Kimchi

 

2) Cuba Minuman Berkafein

Walaupun minuman berkafein boleh menyebabkan anda ternyahhidrat, terdapat kajian mengatakan dengan meminum secawan kopi atau teh pada waktu pagi boleh membantu anda membuang air besar dengan baik.

 

3) Hadkan Makanan Tinggi Lemak, Rendah Serat

Contohnya seperti keju dan produk-produk tenusu yang lain. Bagi mereka yang mengalami masalah inteloransi laktosa, makan makanan bertenusu boleh menyebabkan sembelit kerana kesannya terhadap penghadaman. Makanan diproses dan daging juga boleh memburukkan lagi sembelit.

 

4) Makan Lebih Banyak Fiber

Serat menjadikan najis lebih besar dan lembut supaya lebih mudah dikeluarkan. Tingkatkan jumlah serat secara beransur-ansur dalam diet anda sehingga anda mendapat sekurang-kurangnya 20 hingga 35 gram serat setiap hari. Sumber serat yang baik termasuklah bijirin penuh yang terdapat dalam breakfast cereal, bijirin bran, roti, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering. Buah prun dan buah betik juga merupakan penawar sembelit yang efektif.

 

5) Minum Banyak Air Kosong

Air juga sangat penting untuk bantu mengelakkan sembelit. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Indikasi yang menunjukkan anda terhidrat dengan baik adalah warna air kencing anda kelihatan jernih atau berwarna kuning pudar. Jika air kencing berwarna kuning pekat, itu petanda badan anda memerlukan lebih banyak air. Kalau boleh, elakkan minuman berkalori atau air bergula, nanti masalah kesihatan lain pula yang datang.

 

6) Bersenam Dengan Lebih Kerap

Pelbagai kajian penyelidikan telah melaporkan bahawa senaman boleh membantu memperbaiki gejala sembelit.

Kajian telah mengaitkan gaya hidup tidak aktif dengan peningkatan risiko sembelit. Oleh sebab itu, sesetengah pakar penjagaan kesihatan mengesyorkan meningkatkan senaman untuk bantu menggerakkan najis dalam usus.

Cuba lakukan senaman ringan seperti berjalan-jalan, berenang, berbasikal atau berjoging untuk melihat sama ada ia boleh membantu.

Anda mungkin juga meminati:

Dulu Dilema Sukar Buang Air Besar, Kini Perut Lawas, Pembuangan Lancar

7) Minum Susu Kambing Wildan

Tak semua orang suka makan sayur dan tak semua orang mudah untuk mengubah cara pemakanan dan gaya hidup dengan drastik. Justeru, antara shortcut mudah yang boleh diambil adalah dengan mengamalkan minum susu kambing.

Susu kambing membentuk dadih yang lebih lembut yang boleh dihadam dengan lebih mudah berbanding dadih susu lembu yang padat. Susu kambing boleh dicerna kira-kira satu pertiga kali lebih cepat daripada susu lembu. Selain itu, susu kambing juga mengandungi CPP semulajadi (Casein Phosphopeptides) yang membantu penyerapan mineral.

Formula susu kambing juga mengandungi oligosakarida prebiotik yang tinggi. Oligosakarida prebiotik ialah gentian yang tidak boleh dihadam, ini bermakna serat kekal di dalam usus besar dan boleh membantu melakukan pelbagai fungsi untuk menggalakkan penghadaman.

Ramai pelanggan kami memberi feedback positif masalah sembelit mereka berjaya diatasi setelah mengamalkan minum susu kambing Wildan. Ketahui lebih banyak lagi khasiat dan manfaat susu kambing Wildan di pautan ini.

 

Suka artikel ini? kongsikan manfaatnya

Kongsi di FB
Twitter
Whatsapp
Telegram
Wildan Niaga

Wildan Niaga

Hampir sedekad menyebarkan manfaat dan kebaikan susu kambing. Wildan, jenama pelopor susu kambing Malaysia. Khasiat nutrisi lebih diyakini.

Komentar

Wildan Niaga Sdn Bhd
+60 19-965 3166
customercare@wildan.com.my

No. 32, Jalan 6/2
Kawasan Perindustrian PKNS
43300 Seri Kembangan
Selangor

Wildan Susu Kambing © 2013-2024 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping